Cerpen anjuran Wattzteam.. Mengisahkan Doktor Hadrian yang diberikan tugasan untuk merawat Qairiesya seorang pesakit skizofrenia - sejenis gejala mental yang mengakibatkan penghidap mengalami halusinasi. Satu insiden berlaku yang mengakibatkan Doktor Hadrian dibawa ke sebuah dunia yang lain. Di sana Doktor Hadrian mengalami pelbagai kejadian mistik sehingga hampir terkorban nyawa. Pertemuan dengan Evan mengubah perspektif Doktor Hadrian dan merungkai misteri penyakit Qairiesya. Pelan diatur untuk memulihkan kembali Qairiesya. Akan tetapi ancaman dari kuasa gelap menyukarkan misi dicapai. Dapatkah Doktor Hadrian menyelamatkan Qairiesya dan menutup anomali yang mengancam kewujudan umat manusia?