Bismillahirrahmanirrahim.. ❤️❤️ [SINOPSIS] Sebagai anak orang gaji, tidak pernah sekali pun terlintas di fikiran Maria untuk menjadi isteri kepada orang kaya tapi ternyata kalau sudah jodoh pasti tidak ke mana. Cuma 'jodoh' itu Maria yang cari sendiri. Dia bersetuju untuk menjadi isteri kepada Kade Yuth hanya kerana satu sebab. Ingin melindungi. Kenapa? Entahlah, Maria sendiri bingung. Yang dia tahu dia tidak mahu lelaki itu dalam kesusahan mahu pun bahaya. "Kade yakin Maria takkan setuju untuk kahwin. Kalau dia setuju itu menunjukkan yang dia memang bersalah, memang dia dan Kade ada buat perkara tak senonoh. Sedangkan hakikatnya.. kita fight kes ni Nek Engku, kita pasti memang. Tapi kalau Maria setuju nak kahwin, Kade pun akan setuju." - Kade Yuth. Bicara Kade penuh keyakinan tanpa menyedari ianya akan mengikat dia dan Maria untuk selama-lamanya. Mereka disatukan, Kade tidak rela tapi Maria terpaksa rela. Maria bijak bermain kata sampai kadangkala membuatkan Kade tersenyum sendiri. "Lah.. tadi kata awak tu suami saya. Suami isteri kenalah sebilik, sebantal dan sekatil." - Maria. "Dari petang aku tak nampak batang hidung kau, sekarang bila malam reti pulak nak cari suami? Untuk pemanas badan ke? Itu tujuannya kau kahwin dengan aku? Atau kerana duit semata-mata?" - Kade Yuth. Pada Kade, gadis itu menikahinya kerana duit kalau tidak masakan sampai puluhan ribu diminta untuk dijadikan mahar. Kade cuba membenci namun hatinya enggan berkompromi. Tingkah Maria sentiasa mencuit hati. Tanpa Kade sedari, ada pemangsa yang mengintai peluang untuk menghancurkan hanya kerana tamakkan harta. Hanya kerana