Anisah seorang anak yatim piatu dan dia bukanlah menantu pilihan tetapi dia tetap isteri yang disayangi Muiz. Dua tahun mereka bahagia dalam rumahtangga yang dibina bersama cinta & keteguhan hati. Namun ada satu kekurangan, iaitu anak. Lantaran itu mama Muiz membuat pendekatan duduk di rumah anaknya bersama seorang menantu iaitu Mieza. Mieza adalah menantu pilihan Puan Faizah. Cuma dia ditakdirkan menjadi balu ketika sedang mengandungkan zuriat sulung arwah Midi, yang telah meninggal dalam kemalangan 6 bulan yang lepas. Ada rancangan yang diatur Puan Faizah bagi menghalau keluar Anisah dari hidup Muiz. Rancangannya adalah menjadikan Mieza isteri kedua Muiz selepas Mieza melahirkan anaknya. Namun adakah Anisah rela dimadukan Muiz demi seorang ibu mentua? Atau relakah Muiz menjadikan bekas adik iparnya sendiri sebagai isteri kedua kerana seorang anak saudara yang kehilangan bapa? Benarkah jika ada campur tangan pihak ketiga dalam sebuah rumahtangga, ia akan menhancurkannya? Atau dapatkah mereka teguh sehingga kehadiran zuriat sendiri? "Perempuan tak berkeluarga seperti engkau, bukannya datang dari keluarga baik-baik! Walau engkau mengandung sekalipun, budak itu tetap bukan cucu aku!" - Puan Faizah Ya, itulah yang sebenar-benarnya... Lalu tegakah Anisah terus bertahan dalam larutan cinta yang Muiz berikan jika Muiz juga diberi pilihan antara dua iaitu, dia atau Puan Faizah? "Bini kau tu ada skandal lain. Jangan jadi lelaki dayus, Muiz!" - Puan Faizah - Benarkah itu? Atau ia hanya rancangan Puan Faizah sahaja apabila dia tidak dapat membuat Muiz memilih dia. Bagaimana pula dengan Muiz? Adakah dia termakan hasutan itu? "Bang... andai Nisah tiada nanti dan jika kita punyai anak, jangan sia-siakan dia. Dia tetap anak kita walau bukan cucu mama." - Anisah - "Drama!" - Mieza - Penambah perencah dalam kehidupan. Muiz dihimpit dari segala sudut. "Andai diberi pilihan sekali lagi. Abang akan pilih..." - Muiz - Adakah itu penamatnya atau sinar bahagia yang mereka dambakan?