Menjernihkan hubungan Datin Dhia dan Luqh akhirnya membawa kepada kisah percintaan olok-olok antara Nuwa dan Luqh. Tugas yang diberikan memanglah tidak terlalu sukar. Lakonan mereka begitu mantap sekali gus memudahkan matlamat Luqh tercapai. Mempergunakann gadis lurus bendul seperti Nuwa tidaklah sesusah mana. Tapi, hati Nuwa pula buang tabiat, tanpa sengaja terjatuh hati pada Luqh. Di saat menikmati cinta dalam diamnya itu, Nuwa dikejutkan pula dengan perkhabaran yang tidak diduga. Luqh memilih Zandra. Jika benar Zandra sudah menjadi pilihan hati Luqh, di manakah kedudukannya dalam hidup Luqh? Satu hari, Nuwa ditimpa kemalangan langgar lari dan mengakibatkan kakinya patah. Di sebalik kemalangan yang menimpa Nuwa, ada sebuah rahsia besar yang cuba disembunyikan oleh Zandra daripada pengetahuan Luqh. Di saat Luqh ingin membaiki keadaan, Nuwa sudah berpaling. Baginya Luqh cuma kisah dongeng yang tak mampu digapai lagi. "Mengharap pada benda yang memang dah tahu mustahil, memanglah sakit." - NUWA Dalam diam, Luqh diawasi oleh seseorang. Seseorang yang selama ini memuja dalam diam, membenci tanpa sedar. Bukan Zandra, tapi... Terhenyak apabila kepercayaan dikhianati. Tidak sesekali dibiarkan kutukan itu mengganggu lagi kerana dia percaya luka akan sembuh oleh seseorang yang mengenal cara mencintai.