Pada mulanya keluarga Arif sangat bahagia.Tapi apakan daya,hanya kerana satu tragedi malang yang mengorbankan bidadari kesayangan,dia mula mengabaikan anaknya Erina. Kehadiran kekasih lamanya iaitu Zulaikha merumitkan lagi keadaan.Layanan Arif terhadap dua cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Zulaikha makin menaikkan rasa iri hati Erina.Namun dia tidak berdaya untuk menyalahkan takdir.Mampukah Erina bahagia?Jika betul,adakah untuk kali terakhir?