✍🏻 𝟐𝟔𝟎𝟗𝟐𝟎𝟐𝟐/. 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐋𝐎𝐑𝐄𝐍𝐙𝐎 | 𝐀𝐔𝐑𝐎𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 Siapa sangka di balik kecantikan wajahnya, Aurora Medina mempunyai kisah silam yang merubah dirinya 360 darjah. Dari seorang yang gemar bersosial kepada seseorang yang menyendiri. Lima tahun berlalu, dia berkekalan hidup begitu. Hidup dengan kesibukan kerjayanya sebagai seorang peguam. Berseorangan. Sehinggalah suatu hari, pertemuan yang tidak disengajakan membawa perkenalannya dengan Noah Lorenzo. Seorang lelaki yang bermulut laser, yang membuatkan dirinya perlahan-lahan kembali seperti dahulu. ❝Pardon me?❞ - AURORA MEDINA ❝Are you deaf? I said apologize.❞ - NOAH LORENZO Wow! Speechless terus Aurora. Apatah lagi mulut mamat itu menyambung... ❝Lain kali, korek telinga. Jangan biarkan tahi telinga banyak bertandang dalam telinga .❞ - NOAH LORENZO Kena pula lawannya Aurora, si tak reti mengalah kelas pertama, memang tak mahu dia duduk diam! Apatah lagi semua itu bukanlah salahnya. ❝Mulut encik ni busuklah. Oh, tak hairanlah... Mulut ada longkang kan.❞ - AURORA MEDINA Dan setelah kejadian itu, mereka kerap kali bertembung dan semestinya... Bergaduh. Sehinggalah satu kejadian yang tidak dijangkakan berlaku. Bersaksikan bintang di langit dan langit malam, nyawa menjadi taruhan. Pertumpahan darah berlaku. Dan di situlah, sisi prince charming Noah muncul. ❝Marry me. And I'll protect you no matter what. Nobody can hurt or touch you. I swear, Medina.❞ Mampukah Noah dengan kata-katanya? Dan bagaimana pula dengan Aurora? Jika satu persatu rahsia terbongkar, mampukah dia terima diri Noah? ❝I am nothing like how you thought I am❞ Sincere love, 𝓛𝓮𝓼𝓱𝓪 ♡