READY EBOOK ©️ MAY 2022 Pembelian Ebook boleh terus klik link di bio. Free bacaan untuk 3 bab terawal. Semakin hari menatap wajah itu hati mula bersarang dengan kebencian. Kerana lebihnya kasih yang diberikan kepada lelaki itu membuatkan Eryna memendam perasaan benci terhadapnya. Kebencian Eryna semakin bertambah apabila sekali lagi dirinya dipaksa demi melihat senyuman di wajah ibu dan ayahnya sehingga Eryna membawa diri. "Jangan dekat dengan akulah!" - Eryna Miqaila Puas hati Eyzar memujuk tatkala kebencian itu semakin bertambah untuknya. Bukan Eyzar penyebab Eryna bertindak sebegitu. Tetapi kerana kecemburuan Eryna terhadap dirinya. Jauh di sudut hati Eyzar mahu melihat senyuman itu untuk dirinya setelah bertahun lama. "Awak jangan lupa status awak, Eryna." - Muhammad Eyzar Hati tidak betah terus disakiti melihat layanan wanita itu. Eyzar juga punya hati yang luhur buatnya. Kesabarannya juga semakin menipis. Tatkala Eyzar membuat janji hati Eryna pula tidak tenteram. Sedangkan Eyzar lakukan demi kebahagian dirinya dan juga wanita itu. "Sebab kau tak ikhlas cintakan aku." - Eryna Miqaila Bagaimana pengakhiran kisah Eyzar dan Eryna. Adakah hati masih terus membenci saat kebenaran mula terungkap? Dan adakah hati Eryna terus tersakiti? Nantikan.
9 parts