Complete! 20 chapters sahaja. Bolehlah buat bedtime story bef tidur<3 The Custodian. Sebuah rumah anak yatim. Pastinya bukan sebuah panti yang biasa. Panti ini menempatkan anak-anak raja yang terbuang, tidak diterima istana. Custody. Penjaga. Itu pula gelaran buat Kartika. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk bergelar penjaga buat sang penghuni panti, menggantikan ibunya. Tidak pernah juga dia sangka diri akan dihalau dari istana dengan cara yang sangat kejam oleh insan bergelar suami. Kartika tidak punya pilihan. Antara dendam dan cinta, Kartika pilih The Custodian. Anak-anak di situ perlu dididik tentang kekejaman dunia luar yang nyata. Antara dendam dan cinta. Kartika pilih tanah asalnya. Biar satu dunia kenal dirinya yang sebenar. Biar semua kerajaan tunduk sembah di hadapannya. Antara dendam dan cinta. Kartika pilih dia. Rasa hati mungkin berubah, namun orangnya tetap sama. Hanya dia.