Mengisahkan kehidupan seorang perempuan yang bernama Jeon Mirae. Mirae tinggal bersama ayahnya di rumah agam yang agak besar di Busan. Pada sesi persekolahan yang terakhir baginya, dia terjumpa dengan seorang lelaki iaitu Jeon Jungkook. Ayah Mirae iaitu Jeon Siruk telah bertemu kembali dengan kekasihnya yang lama menghilang dan ingin berkahwin dengannya selepas 2 tahun kematian isterinya. Hubungan antara CEO terbesar di negara Korea itu membuatkan mereka ingin menjodohkan anak mereka iaitu Kim Seokjin dan Jeon Mirae. Walaupun mereka telah dijodohkan, mereka tetap ada sikap dingin dan keras kepala antara satu sama lain. Mampukah mereka berdua mencairkan hati satu sama lain?