Cerita ini merupakan prequel kepada Cik Cantik & Mr Beast. Disarankan membaca terlebih dahulu cerita tersebut untuk kemudahan diri memahami cerita. Thank you :) #Perhatian! Cerita ini sebahagian besar berdialog dalam English. ••• Rys yang secara tidak sengaja terperangkap dalam sebuah agensi rahsia yang tersembunyi dari sebarang pengetahuan dunia. Secret-Tech Agency. Agensi yang mempelopori belakang tabir agensi kemajuan teknologi dunia secara sulit dan memiliki seribu satu rahsia. Takdir membawa Rys untuk membongkar rahsia itu. Penglibatan langsung Secret-Tech Agency terhadap tragedi berdarah menimbulkan pelbagai persoalan. Lebih membingungkan, ayah Nazliana terlibat sama dan Izam, si makhluk buas terbongkar identitinya. Kena pula dengan dirinya yang dipaksa bernikah dengan seorang mualaf barat yang tidak pasti asal usulnya. "You have two options. Are you going to die or willingly accept my propose? Choose." - Ryker- Si lelaki membuat tawaran. "Aku lebih rela mati berbanding memilih pilihan yang bukan kehendak aku." -Rys- Si dia yang berani menolak jika terlalu dipaksa. Jadi, apa yang harus mereka lakukan untuk mencapai matlamat masing-masing. #Ciplak adalah dilarang!