Mencintai seseorang memang lumrah seorang manusia. Namun, mencintai juga tidak semestinya memiliki. Dan, jika sudah memiliki tidak mesti selamanya. Muhammad Yusuf Azryn. Seorang jejaka yang berhijrah ke bumi Mesir gara-gara mahu menjaga dirinya dari mengingati seseorang yang belum halal untuknya. Katanya, biarlah dia membiarkan duka di hati. Kelak akan damai dengan ketentuan ilahi. Apabila pulangnya ke bumi Malaysia, dia dikhabarkan akan menjalin hubungan dengan seorang gadis. Setelah diberitahu umi, gadis itu adalah... "Nur Aishwarya Az-zahra. Gadis yang kamu minat dulu." - Puan Hawa. Sakan hati Yusuf bersorak riang. Ternyata doa yang dia pinta akhirnya membuahkan hasil. Dia akan bersama dengan orang yang dicintai dari dulu! Perkahwinan mereka ditetapkan. Hati Yusuf bergetar saat melafaz akad. Ciuman kudus juga hangat menyentuh dahi isterinya. Setiap hari Yusuf menginginkan hal ini terjadi dan ternyata hari ini adalah hari yang paling bahagia buatnya. Hubungan perkahwinan menjadikan mereka pasangan yang sangat romantis hari demi hari. Apa yang Zahra mahu, Yusuf pasti akan tunaikan. Tidak pernah terlintas didalam kotak fikirannya bahawa isterinya adalah beban untuk dirinya. Namun ada sesuatu yang Yusuf tidak suka dari Zahra. Iaitu... "Abang selalu cakap yang abang sayang dan cinta pada sayang. Abang tak takut ke kalau Allah tarik sayang dari abang?" - Nur Aishwarya Az-zahra. "Abang takut. Abang takut sangat-sangat. Sebab tu abang tak nak sayang cakap pasal benda tu. Abang tak nak sayang pergi dari abang." - Muhammad Yusuf Azryn Baginya, Zahra adalah cinta pertama dan terakhir yang perlu ada bersama buat selama-lamanya. Namun, takdir mereka berdua sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Kuasa. Seberat manapun kita dalam menerima sesuatu ujian, kita perlulah reda. Kerana... 'Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.' Surah Al'Imran ayat 185.
1 part