PDRM SERIES 2 [Spin-off Inspektor Adzriel] Angkara sebuah perjanjian, nyawa menjadi taruhan... Benar curang itu pilihan. Jika kau ikhlas mencintai dia, maka tiada yang kedua. Rayfa terasa dikhianati apabila Fariz menduakan dirinya di belakangnya. Terasa seolah-olah ditikam bertubi-tubi dengan pisau belati, Rayfa tekad membawa diri jauh dari bandar Kuala Lumpur untuk mengubat hati yang lara. Hati mana yang tak sakit bila ikatan tunang yang hanya menunggu beberapa hari sahaja untuk menuju ke hari bahagia terhapus begitu saja. Cinta hanya dusta. Itu apa yang dia tekadkan sebagai prinsip kehidupan selepas lelaki tak guna seperti Fariz. Jika prinsip itu ais, mungkin sudah cair apabila hadirnya Aqlan Alfarizqi dalam hidup. Yang berjaya mengubah persepsinya tentang cinta. "I'm a man with my words. Aku berterima kasih dengan Tuhan sebab jentik hati lelaki tu untuk buang kau. Sebab aku lah pengutipnya sekarang." - AQLAN ALFARIZQI "How can I trust you? Lelaki nak perempuan sebab tubuh mereka je bukan?" - RAYFA ALZAHRAH "That was a boy. I'm a man." - AQLAN ALFARIZQI Hidup dalam hubungan yang halal. Itulah yang mengundang kebahagiaan yang diberkati Tuhan. Namun dalam bahagia pasti terselit ujian. Hidup Aqlan dan Rayfa dihantui dengan kejadian mistik yang semakin menghancurkan tiang kukuh rumah tangga. Bukan sekadar bahagia yang direntap, malah kewujudan kumpulan kultus yang memuja selain daripada Yang Maha Esa membuatkan kerja Aqlan sebagai seorang inspektor semakin berat. Berkemungkinan nyawa si isteri menjadi galang ganti! "Rayfa benci abang. Rayfa benci! Benci!" - RAYFA ALZAHRAH "Rayfa nyawa abang. Rayfa jiwa abang. Rayfa isteri abang. Isteri abang, syurga abang." - AQLAN ALFARIZQI
18 parts