"Aylin.. I love you." Persahabatan mereka yang awalnya baik-baik saja berubah saat Sai meluahkan isi hatinya kepada Aylin. Sikap Sai yang semakin lama semakin terobsesi pada Aylin membuatkan Aylin tidak selesa. Aylin yang dulunya ceria kini sudah berubah menjadi seorang gadis yang pendiam kerana satu kejadian yang telah menimpa dirinya. Aylin mengurung dirinya dan tidak berani lagi untuk berteman dengan sesiapa. "Remember, i always love you.." Selepas mendapat tahu bahawa Sai dan keluarganya berpindah ke luar negara, akhirnya Aylin dapat keberanian untuk kembali menjalani hidupnya seperti biasa. "We won't forget each other, right?" Aylin tidak pernah membalas satu pun pesanan dari Sai, Aylin bahkan menukar nombor handphonenya. Dia benar-benar ingin melupakan lelaki itu. Namun, ketenangan Aylin tidak bertahan lama. Selepas 6 tahun berlalu, mereka dipertemukan kembali. Sai kelihatan sangat berbeza daripada yang di ingatnya dulu, Aylin berfikir bahawa Sai benar-benar sudah berubah. "A knife? Are you flirting with me?" Ternyata dia salah.. Lelaki itu ternyata sudah menjadi lebih gila.
6 parts