Muhammad Armand Al-Izhan. Siapa yang tak kenal dengan nama itu? Lelaki yang terkenal dengan gelaran 'anak haram' di serata tempat. Sudahlah nama pun pelik, tak ada mak ayah pula tu. Anak haram itu menjadi panggilan terbiasa untuk Armand sehingga jarang orang tahu nama sebenarnya. Cikgu-cikgu di sekolah turut memandang sinis terhadapnya kerana gelaran keji itu telah memburukkan latar belakangnya. "Kenapa kau tak bagitahu perkara sebenar?" - TENGKU HARIS SHAH Haris bukan seorang pelajar yang baik, dia selalu membawa masalah di sekolah. Tetapi dia tertarik dengan sikap Armand yang langsung tak pedulikan dengan kutukan-kutukan orang lain terhadapnya. "Kamu tak boleh bermain dengan pelajar lain, sebab kamu kan haram?" - CIKGU HAKIM Gurisan di hati kental milik Armand semakin bertambah, bukannya dia tak terasa, dia hanya manusia biasa yang lebih suka memendam perasaan. Disebabkan dia tak ada mak dan ayah, dia hanya menurut kata-kata cikgu di sekolah. Walaupun Armand ada klu terhadap keberadaan ayahnya yang merupakan seorang pengusaha syarikat model terkenal di Perancis. "Kalau dah namanya dibuang, untuk apa lagi aku merangkak balik dekat orang yang telah buang aku?" - MUHAMMAD ARMAND AL-IZHAN Macam mana Armand akan teruskan hidupnya dengan manusia yang toksik di sekelilingnya? Walaupun hatinya cukup kental dalam bertahan, lama kelamaan pasti dalam luka yang diguris itu.