Ash atau nama penuhnya Asy Quratun binti Ahmad Sufian merupakan seorang gadis yang berpakaian seakan-akan lelaki, a.k.a tomboy. Untuk mengubah dan menyedarkan si Ash ni dari terus hanyut, bapanya terus membuat keputusan. Bahawa dia wajib membantu Uncle Majid menjaga cucunya. Atau dia akan menghadapi benda yang paling dia benci. Ash yang tomboy ini rupanya ada sisi lain. Hatinya lembut melihat cucu Uncle Majid, tapi bapak cucu Uncle Majid ni buat dia rasa menyampah! Lagi menyampah bila nama mereka sama!!! Takdir apa ni?