Pengenalan: Ramadan dan cerita ini

294 35 9
                                    

Apa khabar semua dan selamat datang ke Bulan Ramadan Bersama Wattpad buat julung kalinya!

Tahun ini pasukan kami ingin membawakan sebulan yang dipenuh aktiviti menumpukan ke arah komuniti Muslim dan meraikan Ramadan. Bulan ini, marilah menyelami detik kemeriahan, mengetahui lebih lanjut tentangnya dan rayakannya bersama rakan anda.

Mari mulakan dengan: 

Apa itu Ramadan?

Ramadan merupakan bulan kesembilan dalam kalendar Islam dan dikenali oleh para Muslim sedunia sebagai bulan untuk berpuasa, bersolat, bermuhasabah, bermaafan dan bermasyarakat.

Ramadanlah waktu untuk mencermin diri, memperbaiki diri dan menghambakan diri.

Ramadan juga dianggap salah satu daripada bulan paling suci bagi para Muslim.

Kini, dalam bulan penuh harmoni, keberkatan dan kebaikan ini, Wattpad Ambassadors membawakan satu Aktiviti Penglibatan yang dipanggil Bulan Ramadan Bersama Wattpad.

Apakah perihal cerita ini?

Komuniti di Wattpad adalah pelbagai maka bulan ini merupakan peluang yang sempurna untuk berhubung sesama kelompok Muslim dunia melalui kata-kata, kreativiti dan aktiviti. Sepanjang bulan ini, anda boleh berinteraksi dengan rakan seagama dari serata dunia dan mempelajari banyak perkara baru dan fakta yang mengagumkan.

Profil Yang Menyertai:

Dengan sokongan profil-profil ini, kami dapat menjayakan Bulan Ramadan Bersama Wattpad (Ramadan Engagement Month): 

AmbassadorsAR

AmbassadorsBengali

AmbassadorsID

AmbassadorsMY

AmbassadorsPK

Flashfic

Microbytes

WattpadShortStory

CoffeeCommunity

WattpadFestivals

Ghost

Maka tahun ini, ayuh raikan Ramadan bersama Wattpad!

Penafian:

Harap maklum, peraduan ini dan syarat-syaratnya merupakan ciptaan pasukan Ambassadors (sukarelawan) dan tiada sebarang kaitan dengan Wattpad atau kakitangannya. Pengadilan peraduan ini dilaksanakan oleh penciptanya dan bukan tanggungjawab Wattpad atau kakitangannya. Kami berhak menolak mana-mana penyertaan yang dirasakan tidak menepati kriteria, tidak sesuai, ataupun berpontensi untuk memprovokasi. Kami tidak wajib memberi maklumbalas kepada penyertaan, dan jika diberikan ia adalah bergantung kepada budi bicara. Harap maklum bahawa keputusan pengadil adalah muktamad, dan sebarang perkataan atau tingkah laku kasar yang disasarkan kepada Ambassadors, profil, mahupun pengadil tidak akan dibiarkan.

Semua soalan anda akan kami jawab dalam ruangan Soalan Lazim yang akan kami kongsikan tidak lama lagi. 

Bulan Ramadan Bersama WattpadWhere stories live. Discover now