Aktiviti 1: Masakan Kegemaran Anda?

114 15 14
                                    

Di bulan Ramadan, para Muslim berpuasa dari subuh hinggalah senja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di bulan Ramadan, para Muslim berpuasa dari subuh hinggalah senja. Ini bermakna mereka tidak makan, minum, mengunyah gula-gula getah atau merokok hinggalah terbenam matahari. Namun ia bukan sekadar aktiviti fizikal seperti itu, mereka juga diseru agar tidak mencaci, mengutuk atau mengumpat demi menumpukan perhatian dalam melakukan ibadah.

Bermula dari subuh hinggalah senja, kesemua yang dilarang ketika siang dibenarkan semula maka para Muslim akan menikmati dua hidangan utama: hidangan yang dimakan sebelum syuruk dipanggil sahur manakala  hidangan di waktu senja untuk berbuka dipanggil iftar. Dan sudah tentu mereka boleh menggabil juadah yang biasanya dimakan pada waktu petang seperti minum teh dan makanan ringan.

Maka makanan merupakan sebahagian besar dalam tradisi Ramadan dan ia berbeza dari  rantau ke rantau.  Kami teringin nak tahu apakah masakan/resipi yang dimasak oleh kaum keluarga anda? Yang mana satu paling anda gemari? Apakah pula memori dan pengalaman menarik yang anda lalui bersama juadah itu?

Kongsikan tentangnya di ruangan komen (sertakan pautan ke imej juadah itu jika ada) dan kami akan pilih yang paling menarik untuk ditambahkan ke cerita ini  selepas Aidilfitri. 

Jadi, ayuh akhiri aktiviti ini dengan satu soalan:

Bagi anda, apakah sebabnya para Muslim berpuasa?

Kami akan dedahkan jawapannya dalam bab seterusnya.


Bulan Ramadan Bersama WattpadWhere stories live. Discover now