EP 11

85 8 10
                                    

Lee Hana p.o.v

Hana:Terima kasih!

Aku membuka pintu kedai 7Eleven itu lalu melangkah keluar.

Hari ni aku jalan jalan sebab yelah lama dah tak jalan jalan kan.Ingat tadi nak bawa abang Heeseung tapi dia tak nak.

Kalau nak bawa Sua..dia masih tak nak maafkan aku,haaa kalau Haru-

Tak payah cakap pasal lelaki tak guna tu,dia memang dah takde dalam hidup aku.

Dia nak dating dengan 10 perempuan ke aku tak kisah!Meluat aku tengok ish!Okay lah back to story-

Semasa aku dalam perjalanan pulang,aku terjumpa satu tempat ni.

'Kelas Taekwondo Coach Nam'

Hana:Wahhh kat sini ada Kelas Taekwondo ekh?

Aku lalu masuk ke dalam.Aku melihat sekeliling.Cantik!Terdapat beberapa gambar atlet atlet Taekwondo yang dahulu.

Mereka semua hebat hebat belaka.Aku memasuki lebih dalam lagi.Terdapat dua bilik.Sepertinya kat situ mereka berlatih.

Aku lalu pergi mengintai bilik yang pertama.Tiba tiba sahaja hatiku sejuk.

Hana:Aww comelnya.

Rupanya bilik yang pertama tempat budak budak kecil yang belajar Taekwondo.Ihhh cute je cara dorang tendang papan kecil yang dipegang oleh coach dorang tu JDNEJDNDJDN!

Aku mula menoleh ke bilik yang kedua.Mungkin kat sana tempat tempat murid yang remaja kot..?

Aku pun mula menuju ke arah bilik sana dan mengintip dari luar.Oooo memang benar sangkaanku,tempat murid yang remaja.

Tu diaaa ada murid yang akan tunjukkan Taekwondo dia sebab cikgu yang suruh.Okay ni aku nak tengok ni supaya aku boleh lah belajar sikit sikit kan kan hehe.

Murid itu lalu berdiri,sepertinya budak lelaki.Oh ye memang lelaki HAHAHAH.

Aku yang dah tersenyum tu sebab excited nak tengok murid tu tunjukkan aksi Taekwondo dia terus sahaja mematikan senyumku.

Hana:Aik...macam kenal..

Aku mengecilkan mataku.Semasa aku dapat melihat mukanya secara jelas,mataku membulat besar.Aku menekup mulutku.

Yang Jungwon!?Dia belajar Taekwondo kat sini ke!?Biar betul si beruk ni!?

Tapi yang peliknya,kaki aku berat untuk melangkah pergi sebab..musuh aku tu!!!

Jungwon pun sedia untuk menunjukkan aksi Taekwondonya.Mata aku tak leka melihat Jungwon.Entah lah kenapa.

Semasa aku melihatnya,membuat tendangan,hatiku berdegup dengan kencang.

Jungwon bila fokus 100% bagi aku...dia kacak.Fuhhh dengan baju Taekwondo dia lepastu tendangan dia lepastu dengan muka dia yang tampan bermandikan peluh tidak lupa juga rambutnya yang sedikit basah.

DEYYYY!!!TAK BOLEH!!!BERUK SEKOR NI MUSUH AKU!MUSTAHI DIA BOLEH BUAT HATI AKU DUG DAG DUG DAG!HEH!

Aku menggeleng geleng laju sambil menampar lembut pipiku.

Yang Jungwon p.o.v

Coach Nam:Yang Jungwon!Kamu buat dengan bagus sekali!Beri tepukan semua!

Aku menguak rambut ke belakang.Senyum malu malu kucingku ukir.Haaaa tau pun malu.

Aku menunduk hormat ke coach dengan kawan kawanku sambil mengucapkan terima kasih.

Coach Nam memegang bahuku.

ENEMY TO LOVER - YANG JUNGWONWhere stories live. Discover now