THW 2 : prologe

125 19 9
                                    

MELIHAT senja yang bertandang tiba mengingatkan sesuatu yang ingin ia lupakan. Langit yang sudah mula berubah warna oren menjadi tatapannya sekarang.

Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Satu rasa rindu yang tak dapat diungkapkan. Berkelip-kelip mata menahan cecair jernih yang bakal turun dari tubir matanya.

Nafas panjang ditarik sebelum dihembuskan perlahan-lahan. Ingin melegakan hati yang sedang gusar. Tanpa dipinta, air matanya mula turun membasahi pipinya tatkala mengingati perbualan antara dirinya dan suaminya.

Sekarang, Laura Afifah berada dibolkoni bilik tidurnya. Sedang menangkan hati yang berdenyut nyeri. Sudah hampir setengah jam dia berada disini selepas bertengkar dengan suaminya, Dani.

Tok! Tok! Tok!

"Mama?"

Suara halus milik anak lelakinya menyapa pendengarannya. Lantas air mata disapu sebelum ia membalikkan tubuhnya untuk menghadap si anak sulung, Enriq. Wajah yang tadinya mendung kembali mengukir senyum. Mengamit sang anak untuk menghampiri dirinya.

Enriq menghampiri ibunya yang masih berdiri statik disitu. Dipeluk tubuh wanita itu sambil kepala mendongak memandang wajah sang ibu yang kemerahan.

"Mama menangis?" Polos Enriq menyoal.

"Tak, sayang. Mama sejuk. Tu yang merah mata ni.. mama kan alah dengan sejuk. Enriq kenapa tak tidur lagi ni?" Tubuh anaknya didukung sebelum pipi tembam itu dicium.

"Jadi kenapa mama duduk dekat luar ni kalau sejuk?" Soal Enriq semula seraya membalas kembali ciuman ibunya dengan mencium dahi Afifah.

"Saja? Ambil angin."

"Nanti mama masuk angin. Baik mama masuk sekarang. Abang tak larat nak angkat mama kalau mama pengsan kat sini." Balas Enriq dengan nada yang tegas sambil bercekak pinggang. Perbuatan kanak-kanak itu mengundang tawa Afifah melihat aksi lucu anaknya.

"Ya, mama nak masuklah ni. Enriq kenapa tak tidur lagi hm?"

"Abang tak boleh tidur.. abang asyik terfikir tentang mama je.. abang takut mama tak boleh tidur dan menangis. Sebab tu abang cari mama kat sini.." lirih jawapan yang diberikan membuatkan si ibu terkelu lidah.

"Mama okey jelah. Dah jom tidur. Abang nak tidur dengan mama tak?"

"Nak!"

Afifah melangkah keluar dari bolkoni sambil mendukung si anak. Sliding door ditutup. Balikkan saja tubuh, dua pasang mata itu bertembung dengan sepasang mata yang sejak tadi merenung mereka.

"Papa! Papa dah balik?" Soal Enriq, teruja. Dani mengangguk seraya menghampiri mereka berdua. Enriq diambil dari dukungan isterinya.

"Papa ada benda nak bincang dengan mama. Enriq masuk bilik tidur dulu ya?" Mendengarkan itu, wajah Enriq mula berubah riak. Dengan tidak rela dia mengangguk dan berlalu pergi.

Pintu bilik tidur dikunci Dani. Afifah hanya mendiamkan diri melihat suaminya.

Tempat kosong disebelah Afifah diduduki olehnya. Nafas panjang ditarik sebelum dia memulakan bicara.

"Afifah.."

"Saya tak nak dengar apa-apa, Dani." Tubuh dibaringkan ke atas katil. Matanya kembali berkaca-kaca.

"Afifah kita kena selesaikan benda ni malam ni juga." Balas Dani, serius. Afifah pejam mata.

"Laura Afifah." Seru Dani, tegas.

"Habis awak nak ceraikan saya malam ni dan tidur satu katil lepas awak lafazkan cerai? Kita selesaikan benda ni esok. Saya nak tidur sekarang." Bidas Afifah, dingin. Dani mendengus.

"Aku nak malam ni,"

"Yang awak beria sangat nak bercerai malam ni kenapa? Dah tak sabar nak kahwin dengan perempuan lain ke?" Soal Afifah, sinis seraya bangun dari baringnya.

Pang!

Afifah terteleng. Pipi kirinya terasa panas dan berpijar.

Turun naik nafas Dani menahan amarah yang bakal terletus. Tangan digenggam kuat membentu penumbuk. Semuanya berlaku dengan pantas tanpa sempat Dani menahan dirinya sendiri.

Mata sang isteri mula berkaca-kaca membentu satu kolam kecil diekor matanya. Tidak menyangka si suami akan menaikkan tangan padanya.

"Saya dah penat nak fikir tentang masalah hubungan kita. Kalau ini yang awak nak, then ceraikan jelah saya!"

"Baik. Aku memang dah lama tunggu saat-saat ni. Laura Afifah binti Abdul Rashid. Aku ceraikan kau dengan talak 1."

TBC
[567 words]
[17012024]

Enjoy the reading✍🏻

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 17 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

0.01 || THE HACKER WIFE 2 (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now