Part 2

847 38 3
                                    

Aku masih seperti tadi - duduk di hadapan komputer riba mencari idea. Perkataan 'Skizo' tertera di skrin komputer langsung tidak mampu mendatangkan apa-apa idea. Jari aku masih lagi mengeras tidak mahu menari-nari di atas papan kekunci.

Aku keseorangan. Ville Valo keluar entah ke mana, aku tidak bertanya semasa dia keluar tadi. Mungkin dia terbang keluar mengambil angin malam. Terbang dengan menggunakan sayap kecil yang tersisip elok di belakang badan dia. 

Untung Ville Valo dikurniakan sayap kecil seperti pari-pari, mudah untuk dia bergerak ke mana-mana dia suka. Tidak perlu memanggil teksi atau menunggu bas dan jimat dari membeli kenderaan sendiri.

Bunyi bilah kipas membelah angin dan suara pembaca berita dari tv terus membunuh kesunyian. Sesekali bunyi Keletak-Keletuk-Keletak-Keletuk menandingi bunyi kipasa dan suara pembaca berita bila aku mengetuk jari di atas meja.

Aku tidak sukakan suasana sunyi. Sunyi itu menyesakan dada dan membuatkan aku seperti menjerut tali di leher sendiri. Terasa seksa.

Sedang aku mengelamun di hadapan skrin komputer, Ville Valo masuk ke dalam rumah dari tingkap yang terbuka. Sayapnya yang tadi terbuka luas mengebang, disisip elok sehingga mengecil kemas. Ditangannya pula dijinjing sebungkus plastik hitam. Aku tidak nampak apa isi di dalam plastik hitam itu.

"Kau dari mana ?" Aku bertanya.

"Beli air. Kau nak ?" Ville Valo membalas.

Aku balas pertanyaan itu dengan gelengan kepala.

Ville Valo terus menuju ke dapur. Bunyi gelas kaca bergesel dan suara Ville Valo menyanyi kecil lagu Gone With The Sin // H.I.M kedengaran di dapur. 

"Kau sudah ada idea menulis ?" Dari dapur, Ville Valo bertanya. Suaranya separuh menjerit.

Aku diam tidak menjawab. Lama.

Ville Valo kembali ke ruang tamu dengan membawa 2 gelas kaca dan sebungkus Keropok Moni. Kemudian dia sekali lagi ke dapur dan kembali ke ruang tamu dengan menjinjing plastik hitam yang dibawa balik sebentar tadi.

2 gelas kaca, sebungkus Keropok Moni dan plastik hitam di atas meja berhadapan dengan komputer riba aku. Ville Valo duduk di atas sofa, mengadap  bertentangan ke arah aku.

Plastik hitam dibuka Ville Valo lalu dikeluarkan botol kaca berbentuk klasik itu dan diletakkan atas meja. Sebotol wain, Sreaming Eagle Carbenat diperbuat pada tahun 1992.

"Kalau susah sangat, kau taip je pasal hubungan cinta kau bersama kekasih imaginasi kau - Imogen Poots" Ville Valo berkata. Keningnya sedikit terangkat dan ada sedikit senyuman di hujung bibir.

Aku diam. Aku lirikkan mata memandang Ville Valo di atas sofa.

"Minum" Ville Valo pelawa. Gelas kaca ditangan diangkat separuh tinggi.

Aku geleng mencebik.

"Apa kata kau bunuh diri" Aku bagi satu cadangan pada Ville Valo.

Ville Valo terbangun sebaik saja mendengar kata-kata aku yang berbaur satu cadangan. Wain yang masih tersisa di dalam mulut hampir tersembur keluar. Namun begitu wajahnya langsung tidak mempamerkan kemarahan. Keningnya sedikit terangkat tanda minta kepastian.

Dan aku balas pandangan Ville Valo dengan satu senyuman. 

"Kenapa aku perlu bunuh diri ?"

"Supaya aku dapat menulis. Aku tulis pasal kau bunuh diri" Aku jawab laju.

Ville Valo diam, seolah-olah cuba memahami maksud yang aku perkatakan. Dahinya berkerut seribu seperti kebanyakan orang dihujani beribu soalan.

"Kenapa kau tak bunuh diri sendiri ?"

"Aku yang tulis cerita ini. Kalau aku bunuh diri, aku tak boleh nak habiskan cerita ini. Jadi, kau perlu bunuh diri supaya aku dapat habiskan cerita" Aku cuba menyakinkan Ville Valo.

"Dan kalau aku bunuh diri, apa yang aku dapat ?" Ville Valo bertanya lagi.

"Kau tak akan dapat apa-apa sebab kau hanya watak dalam cerita aku. Wujudnya kau di sini pun sebab aku berimaginasikan kau" 

Keropok Moni yang berada di atas meja ditenung Ville Valo. Gelas kaca yang masih terisi separuh wain digenggam kemas. 

"Kehidupan ini satu proses menuju kematian. Kita semua akan mati. Di dunia ini, yang membezakan kita adalah punca kematian kita dan di Akhirat pula, apa amalan yang kita bawa menuju ke kehidupan yang abadi dan di sana nanti, amalan itu yang akan membezakan kita semua" 

Ville Valo menggeleng.

SkizoWhere stories live. Discover now