Bab 24.

2.5K 103 14
                                    

A/N: Selamat malam aku ucapkan. Ah, jangan nak marah. Jangan sibuk nak berkata-kata. Kau tutup mulut kau sebelum aku kerat lidah kau. Jangan tergedik-gedik nak hakimi apa yang aku buat. Senyap sebelum aku bunuh kau. Sekian dan selamat membaca.
_________________________________________

Baju kalis peluru disarung ke badan. Seperti yang dijanjikan, 18 hari bulan kini tiba. Hari peperangan kini bermula. Jam di tangan aku lihat. 4:30 pagi. Gumamku. 5 jam sebelum ia bermula. Polis? Tch. Terlampau lemah. Aku tak faham apa masalah clan darkworst. Nak kata bodoh? Tak, mereka pandai. Mungkin pemikiran cetek. Maklumlah, masih muda lagi.

Rambut yang berparas melebihi bahu itu aku ikat kemas. Peluru pula aku letakkan di dalam poket hadapan. Senang je. Dalam peperangan ni, kami guna kaedah yang sama macam polis. Menyerang dan bertahan. Senang, bukan? Tsk.

Segala-galanya berada di dalam pemantauan kami. Terlampau terkawal dan terlampau sempurna. Sepatutnya kami kamceng tapi semuanya berlaku di luar jangkaan. Aku memang marah tapi nak buat macam mana, bukan? Hadap sajalah manusia bodoh macam mereka ini.

Apa yang pasti, aku tak tahu pun yang dia pun terlibat sama dalam peperangan ini. Tch.

******

" Alpha, ada sebarang pergerakan yang berlaku? "

" Not yet, sir. " balas inspektor tersebut.

" Beta, ada sebarang perkara yang mencurigakan berlaku? "

" Tidak, tuan. " balas inspektor tersebut.

Aku leka memerhatikan keadaan tempat ini. Seperti, tersusun rapi? Firasat aku mengatakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Pertumpahan darah akan berlaku bila-bila masa sahaja. Pasti pihak lawan akan membawa backup yang sangat ramai ataupun sebaliknya.

Mataku lincah memerhatikan pelbagai pergerakan yang berada di sekeliling. Ketua clan darkworst iaitu Naqib percaya yang peperangan akan bermula 5 jam dari sekarang. Aku tak pasti betulkah apa yang dia katakan? Biarlah. Yang pasti semua ini berakhir.

" Khai, kau yakin ke yang perang ni akan berlaku? Kau percaya budak mentah tu? " tanya Syafiq kepadaku.

" Kau rasa budak Naqib tu nak menipu lepas apa yang kita dapat dekat Casino tu? Penyeludupan senjata dan antara yang terbesar. Dan, apa yang paling mengejutkan adalah budak yang umurnya 17 tahun pegang perniagaan tu. Itu memang something. " balasku meluahkan rasa takjub.

" Masalahnya, kita nak berperang dengan clan dorang sebab kiranya kita kacau perniagaan gelap budak tu. So, kau rasa. Apa maksud kod merah yang mereka maksudkan? Dan, kau rasa mereka dah tahu identiti kita yang sebenar, tidak? " tanya Syafiq.

" Aku rasa dah. Kod merah? Naqib cakap tu kod perang. Tapi, aku tak tahu pula apa yang aktifkan kod tu sampai mereka sanggup panggil polis untuk bantu. Aku rasa clan ni clan yang memang kuat di antaranya lah. " balasku sambil memerhatikan sekeliling. Apapun yang terjadi, aku tak boleh leka walaupun sekali.

" Khai, yang pasti kau jangan tak bernafas beb. Aku sayang kau. Ingat tu. Nanti aku tak de partner nak berpeluk-peluk." balas Syafiq sambil melayangkan flying kiss nya kepadaku.

Aku mula mencebik dan menghiraukannya. Yang menjadi persoalan adalah, siapakah yang menjadi lawan mereka? Data pengenalan diri dan koordinat tempat mahupun markas mereka langsung tak dapat dikesan. Seolah-olah mereka tidak pernah wujud. Aku mula ragu-ragu dengan semua ini. Adakah kami akan berperang dengan seseorang yang tidak wujud di dunia nyata?

******

" Sniper, get ready. " arahku dengan nada yang tegas.

" Shoot! "

PISAUWhere stories live. Discover now