Bab 31

365 28 30
                                    

" Argh! "

Aku terus bangun dan melihat persekitaranku. Dinding berwarna putih dan hitam serta lantai marmar ini sangat ku kenal. Ini, rumah aku. Aku bernafas lega. Aku mengusap mukaku kasar. Dengusan yang ditahan dari tadi terus aku lepaskan dengan kasar. Jam di tanganku di lihat.

7:30 p.m.

Terus aku melangkah masuk ke dalam bilikku. Seketika aku teragak-agak untuk melangkah naik ke bilikku namun aku hiraukannya. Tuala dicapai dan aku meluru masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri sebelum bersedia untuk berangkat.

Tanpa aku sedar, ada seseorang yang sedang asyik memerhatikanku.

****

7:45 p.m.

Sempat aku menilik jam dinding sebentar sebelum memakai baju. Agak lama dari kebiasaan aku. Selalunya 10 minit sudah cukup, mungkin kerana kejadian tadi, aku terpaksa menenangkan diri lebih lama dari kebiasaannya.

Selepas memastikan tiada apa-apa barang berharga yang ditinggalkan, aku terus keluar bilik dan terus mengunci bilikku untuk keselamatan. Terlampau banyak rahsia di dalam bilikku dan aku tak perlukan lrang lain tahu. Terutamanya orang yang sudah menculikku untuk beberapa jam yang lalu.

Walaupun pada jujurnya aku memang agak terkejut yang dia boleh merungkai segala perkara jijik yang telah aku sorokkan selama ini, aku kena lebih berhati-hati agar perkara yang lebih teruk daripada itu tidak berlaku lagi. Maksud aku, tidak akan! Aku terus meluru ke bawah. Baru setengah jalan, aku terus teringat.

" Oh ya, beg aku masih lagi di atas. " kataku perlahan.

Aku terus merungut seketika. Baru sahaja aku mahu berpaling, aku terlihat kesemua beg-beg pakaianku elok tersusun di ruang tamu. Aku terus melangkah ke arah ruang tamu secara perlahan. Pandanganku mula meliar memerhatikan sekeliling. Aku cuba mengingat sekiranya aku ada membawa beg-beg ini ke bawah sebentar tadi tapi aku pasti, aku langsung tak bawa. Jadi, siapa yang bawa?

Aku terlihat sekeping sampul surat berwarna biru di atas meja. Terus aku capainya dan memandang ke sekeliling untuk sekian kalinya. Selepas aku pastikan rumah aku benar-benar tiada orang, aku terus membuka sampul itu dengan rakus. Di dalamnya, terdapat sekeping polaroid yang berisi dengan gambarku yang sedang menyeksa musuh lamaku dari Sarawak. Aku terkedu. Aku terus membalikkan gambar tersebut. Terlihat ada coretan berwarna merah yang sempat ditinggalkan oleh penghantar tersebut.

Sayang, take care dekat Sarawak, okay? I love you! :)

p/s: Saya yang bawa semua beg ni dekat bawah waktu sayang mandi tadi. Btw, sayang seksi! ;)

Aku memandang gambar itu jijik. Aku terus mencapai telefonku dan mendail Huda agar mengambilku sekarang juga. Aku membaca semula coretan tersebut sebelum memutuskan untuk mengambil pemetik api dan mula membakarnya di hadapan rumah. Tiada siapa yang boleh tengok gambar itu. Cukuplah ia sebagai rahsiaku dan lelaki obses tak guna itu. Aku muak!

Aku masuk ke dalam rumah dan menyarungkan beg sandang di belakang tubuhku dan menarik beg roda dengan cepat. Makin lama aku duduk dalam rumah ni, makin seram pula rasanya walaupun ini rumah aku sendiri. Aku terus mengunci pintu rumahku dan memastikan aku mengunci garajku. Aku tak boleh ambil risiko dan membiarkan sahaja penyangak boleh mencuri kereta kesayangan aku dengan senangnya. Tidak!

Selepas memastikan semuanya berkunci, aku berdiri di hadapan pagar rumahku. Ah, kawasan kediaman ini memang agak sunyi kalau waktu malam sudah tiba. Sekarang sudah pukul 8:00 p.m. jadi wajarlah tiada orang nak keluar melepak lagi. Aku cuma mampu berharap agar Huda dapat sampai tepat pada waktunya kerana aku mula berasa mual.

Kenapa?

Sebab aku dapat rasakan ada seseorang tengah perhatikan aku dari dalam kawasan rumah aku!

Aku malas nak pandang belakang sebab hari pun sudah gelap, jadi tak mungkin aku dapat tengok orang tersebut dengan jelas. Tambahan pula, aku seorang yang rabun. Jadi, kau mengharapkan apa dari aku?

Baru sahaja aku mahu mencarut, tiba-tiba kereta Range Rover milik Huda meluncur di hadapanku. Aku terus tersenyum kecil dan mengangkat dan meletakkan kedua-dua begku di dalam bonet kereta. Terus aku tutup bonet tersebut dengan satu hempasan sebelum mengambil tempatku di tempat duduk penumpang bahagian belakang.

" Jadi tak? " tanya Huda yang sedang bermain dengan telefon pintar miliknya sambil memandangku sekilas.

" Jadi. Cuma tukar target. " balasku sepatah.

Huda menaikkan sebelah keningnya tanda hairan sebelum bertanya, " Kenapa pulak? Kau dah insaf? "

Aku mendengus seketika. " Bukan, aku dapat khabar berita yang sundal-sundal tu dah mampus kena bunuh dengan seseorang. " jawabku.

" Serius? Siapa pula yang berdendam dengan dia sampai bunuh dia segala ni? " gumam Huda perlahan sambil menyambung semula aktivitinya sebentar tadi.

" Entah. " jawabku. Aku mengeluh perlahan.

Entah mengapa hatiku tergerak untuk memandang ke arah rumahku untuk kali yang terakhir. Dan, aku pasti walaupun aku seorang yang rabun, aku dapat lihat ada seseorang sedang tersenyum di tingkap bilik rumahku. Aku terus memusingkan badanku ke hadapan.

Mataku dipejamkan rapat. Aku mula mencarut di dalam hati.

Sebenarnya, aku yang 'tolong' bunuh perempuan tu.

****

" Akhirnya! Kita berada di Kuching Airport guys! " Jerit Yaya dengan nada yang teruja.

" Diamlah Yaya! Tengok tu, semua orang pandang kau pelik tau! " marah Elly. Yaya hanya mencebikkan bibirnya.

Aku hanya menggelengkan kepalaku sambil terkekeh. Mungkin dia teruja sebab ini kali pertama dia menjejakkan kaki di Sarawak, bukan?
" Okay, sekarang kita nak terus check-in hotel ataupun- "

Aku terus memotong kata-kata Hazirah lalu berkata, " Kita pergi makan dulu sebab Ros pun dari tadi merungut yang dia lapar dan aku pun belum makan. "

" Kita pergi Starbuck nak? " cadang Ros.

" Tak payah. Mahal. Kita pergi makan dekat McDonald je sebab aku tahu ramai yang kempunan nak makan McFlurry Oreo, kan? " kata Huda sambil menyeringai kecil.

Semua terus menganggukkan kepala tanda setuju dan terus meluru ke arah McDonald.

" Jadi, ada sesiapa nak pergi tandas dengan aku? " tanyaku.

Mereka semua menggelengkan kepala dan aku mula mencebik. Aku hentakkan kaki perlahan sebelum melangkah pergi. Beberapa langkah lagi sebelum masuk ke dalam tandas, dan argh! Bahuku ditolak dengan keras.

" What the fuck! " jeritku.

Aku terus mengangkat mukaku dan menghadap perempuan yang sudah berani melanggarku dengan sengaja tadi.

" Oops, maaf. Saya tak nampak awak tadi. Mungkin sebab awak ni hodoh dan serupa macam tembok, itu yang saya tak nampak tu! " katanya dengan suara yang nyaring.

Aku terus menjeling perempuan tersebut. Dia memandangku dengan muka yang tidak bersalah lalu menyeringai. Aku mula teringat dengan perempuan bimbo ni. Oh ya, dia ni lah betina yang pergi maki kawan baik aku dulu walaupun dia dah rampas bekas teman lelaki kawan aku!

" Hoi, sundal. Are you talking about yourself? " balasku dingin sebelum berlalu pergi.

Aku dengar dia menjerit di belakangku dan menuduh aku yang bukan-bukan. Aku hanya menghiraukannya dan memilih untuk menyelesaikan panggilan alamku yang tertunggak kerana drama sebentar tadi.

Tunggu kau, Ernie.

****

A/N: Hai gaiseu! 😄 Sorry sudah lama tidak update gitu! 🙏 So i lanjew satu bab gitu. 😅 Kalau dah ada idea, i update lagi, okay? 🌚👌

Salam peluk cium dari ai 😗💋

Until next time gaise! 💚

PISAUTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon