PART II

238 8 2
                                    

  Boyfriend hang tu penarik.
Penarik apa?
Penarik ka neraka.
Hang mau ka?

Sabtu. 08:00 p.m.

"okay girls kita dah sampai, aku nak korang behave sikit eh, jangan jadi liar macam setan terlepas tali" Azira sempat membebel seperti seorang ibu melepaskan 'anak-anak' nya bermain di taman permainan. "Iya ma kami faham" jawab Asyura dengan senyuman manis. Manakala yang lain hanya mengangguk seperti burung belatuk. Pakaian Farina kurang menyelesakan mata Azira. Farina hanya berpakaian dress paras lutut dan mendedahkan dadanya sedikit. Para lelaki membutang mata ketika melihat Farina turun dari kereta. Pahanya yang gebu mampu membuat mana-mana lelaki terliur.
Kemungkinan kaum gay pun berubah menjadi straight setelah melihat tubuh ika.
"Sexy hang ika" Azira memandang sinis.
Kau memperbaikilah akhlak dan sahsiahnya serta kau bukakanlah hatinya untuk bertudung dan kembali ke pangkal jalanMu Ya Tuhan. Doa Azira di dalam hati.

"Malam ni je" Farina tampil dihadapan kekasihnya dengan penuh menggoda. Si lelaki terus mendakap pinggang Farina. "Lawa you harini" puji si lelaki.

" Before this I tak lawa ke?" Farina menjawab sambil memuncungkan bibirnya. Merajuk gamaknya. 

"Everyday you lawa lah baby"

"Aww I love you"

Si Azira pantas mencari tempat lain daripada melihat maksiat yang sedang dirakamkan oleh matanya. Dia memikirkan bahawa hanya dia seorang yang kurang selesa dengan pemandangan itu, namun rakannya yang lain juga jijik dengan apa yang dilihatnya. Tanpa disedari, Farina juga telah menjadi bahan kutukan rakannya yang lain. Syiqin membetulkan rambutnya yang sedikit kusut "dah lawa dah tu" tegur Aina "tu tengok perempuan yang tengah sibuk betulkan tudung kat cermin besar sampai lupa dunia tu" Asyiqin menunding jari pada satu tubuh yang berada di hadapan cermin besar sebesar kereta kancil. "woi Nana! Sama je dengan si Ciqin. Lupa dunia bila bab betulkan mana-mana kecacatan di muka kan?" Sindir Aina tapi tidak terkesan sedikit pun di dalam hati. Si Asyura, Ummu, Siti dan Sarah pergi kaunter makanan. Mereka ber-empatlah yang paling suka makan. "Aik? Kecacatan dekat muka je nak perbaiki? Perangai tu takmau ka?" sindir Azira untuk kali keberapa entah. Sentap. Semua diam. Peduli hang lah nak sentap ka apa asalkan sedar diri.  Pada masa yang sama Sarah terlihat kelibat Farina bersama kekasihnya di sudut hujung dapur, "woi makan tak ajak" tegur Aina. Rancangan Sarah untuk terus mengintip terus dibatalkan " lai lah makan sama-sama, ajak Ciqin dengan Nana". Mereka duduk di dalam satu bulatan meja. Makan sambil tergelak. Itupun sebelum Farina menjemput teman lelakinya. Kehadiran teman lelaki Farina di dalam kelompok itu kurang menyelesekan bagi mereka. Farina terus-terusan membiarkan tangan Ezzat merangkap teman lelakinya merayap di pehanya. Geli. Hilang terus selera nak makan. Azira mengambil keputusan untuk sambung makan di restoran dan bukan di rumah agam itu lgi. Tidak sama sekali. Ia membuatkan mereka tenggelam di dalam arus dosa. Jijik di hadapan maksiat. Tidak sanggup melihat rakan baiknya dipegang oleh lelaki yang bukan muhrim. Berbuih mulut menasihat Farina tapi jawapannya tetap sama "it is fine lah. Aku percaya Ezzat". Ketegaq sungguh! "Kau orang pergi lah dulu I'll catch up you guys later" laung Farina daripada ruang dapur. Mereka kini berada di ruang tamu yang sedang daripada tadi menunggu Farina dan akhirnya.. ah lantaklah! "Ha kau tengok tu, tinggal kita macam orang bodoh je" marah Siti. Tidak puas hati. Sungguh! "Dah dah jum kita pergi Rakshee sat, mau?" cadang Azira bagi mengelakkan mereka terus mengutuk Farina.

--------------

09:30 p.m

Siti dan Asyiqin menghempas tas tangan di atas meja. Memandangkan pada waktu malam tidak ramai orang. Jadi kawasan itu mereka punya. Lah sangat. "Menyampah la aih aku dengan si Ika itu" Siti mula meluahkan segala kemarahannya. "Lek la Siti. Kita order dulu, lapaq ni tadi tak sempat habiskan ayam aku" Cadang Ummu . "Itulah, kesian aku punya jus apple kena tinggal macam tu je" sokong Asyura. Baruaaa lah dia orang ni. "Suka hati kau orang lah nak makan apa tapi bayar sendiri tau" Azza cuba tidak memihak mana-mana pihak. Sedari tadi, Aina dan Azira seperti memikirkan sesuatu. Haaa sudah kakyong dah mula fikir dah tu. Nasib kau lah Farina. "Kita palau dia!" cadang Aina. "Janganlah jahat sangat kau ni pun Aina" Azira tidak setuju dengan cadangan Aina. Dia orang tidak pernah rasa ke perasaan kena palau tu macam mana? "Kau ni janganlah baik sangat zi, kita kena ajar juga dia tu, jangan layankan sangat perangai dia tu. Kalau kau sayang dia mesti kau nak yang terbaik untuk dia kan? So aku terima cadangan Aina. Kita palau dia sambil-sambil itu kita nasihatkan dia" cadang Asyiqin sambil membangkang sikap Azira yang terlalu baik hati itu. Baik hati ada tempat. Jangan terlalu baik kita yang jatuh. Kalau bukan kita, dia jatuh. Takkan tak tolong kut kan? Pesanan sampai. "Aku makan dulu lah ya. Kau orang takmau makan sudah" kata Ummu sambil memegang sudu bersedia untuk lahap makanan yang terhidang di hadapan matanya. "Share ah! Mana boleh makan seorang!" marah Siti dengan Sarah. Mereka semua makan dengan berselera kecuali Azira dan Aina. Masih memikirkan cara yang terbaik untuk memperbaiki rakannya yang sudah terpesong jauh daripada jalan yang benar. Termenung dan terus termenung. "Rambut kau lah Ciqin! Semak!" marah Asyura. Pekikan itu membuat lamunan Aina dan Azira terhenti. Rambut Asyiqin menganggu Asyura untuk makan dengan aman. "Ala weh sorry lah, nanti aku potong rambut ya sayang".
"apa-apa jelah".

AweksemWhere stories live. Discover now