Penyesalan ku..

395 2 1
                                    

Adakah manusia seperti aku harus dihina? Adakah aku terlalu jijik sehingga orang sering pandang rendah padaku? Apakah aku ini menyusahkan mereka? Terlalu burukkah orang yang tidak menpunyai sepasang kaki seperti aku ini? Aku ingin sekali berjalan dan berlari seperti mereka. Tetapi apakan daya, ini lah balasan bagiku apabila aku imbas kembali kenangan silamku...

Dahulu, aku sering mengabaikan pelajaran dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Aku sering ponteng sekolah semata-mata untuk meluangkan masa dengan rakan-rakan diluar sekolah. Ibu dan ayah selalu menasihatiku agar aku berubah. Tetapi aku tetap dengan pendirian ku, degil dan masih ingin berseronok..

Peperiksaan semakin hampir. Ujian mingguan telah pun berlalu. Aku gagal dengan markah yang paling rendah. Cikgu Halim sering memaksa aku untuk mengulangkaji pelajaran di rumahnya tetapi aku menolak. Aku tidak hiraukan tentang peperiksaan. Bagiku, aku hanya mahukan keseronokkan..

Pada malam itu, aku menunggang motosikal bersama rakanku. Kami beramai-ramai gelak ketawa dan bersuka ria. Tanpa disedari, aku terlanggar sebuah lori di sebelah kananku. Aku sangat leka sehingga menyebabkan nyawa rakan yang membonceng motosikalku itu terkorban. Aku berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan ketika itu. Penglihatanku semakin gelap...

Setelah beberapa hari, aku tersedar aku berada di dalam wad hospital. Aku juga diberitahu bahawa kakiku harus segera diamputasi. Airmata ibuku berlinangan membasahi pipinya yang gebu. Ibu memberitahuku bahawa ayah sudah pergi buat selama-lamanya.. Hatiku hancur berkecai sebaik sahaja ibu menyebut nama ayah. Akulah penyebab ayah meninggal. Akulah yang melanggar lori ayah pada malam itu. Aku berkali-kali menyalahkan diriku. Akan tetapi ayah tetap tidak akan kembali.

Semenjak kejadian itu, aku berasa amat kesal. Bukan sahaja kehilangan kedua-dua kaki, malah kehilangan seorang ayah yang amatku rindui. Sekarang baru aku mengerti kenapa guruku memaksa aku untuk mengulangkaji pelajaran iaitu untuk masa depanku sendiri..

Kini, tidak ada gunanya aku bersedih. Bak kata peribahasa, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Impianku hanya tinggal dua iaitu yang pertama, aku ingin membahagiakan ibuku dan yang kedua, mencapai cita-cita untuk menjadi orang yang berguna walaupun cacat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 19, 2011 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Penyesalan ku..Where stories live. Discover now