🌼

10 1 0
                                    

JANGAN BUKA AIB ORANG.

Wahai kawanku, Allah yang kau kata kau cinta telah berfirman kepadamu:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang lelaki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik daripada mereka; dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik; dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandungi ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah beriman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
(Surah Al-Hujurat 49:11)

Wahai kawan, tak bergetarkah hatimu? Allah yang kau sembah... menegur dan menempelak kita seandainya kita membuka aib orang.

Ya rabb...

Malah, Nabi SAW bersabda kepada kita:

"Janganlah kalian mencela dan membuka aurat-aurat (aib-aib) mereka. Maka sesungguhnya barangsiapa mencari-cari aurat (aib) saudaranya yang Muslim, pasti Allah mencari-cari auratnya; dan barangsiapa yang Allah cari-cari auratnya maka pasti Dia akan membuka (memperlihatkan) kesalahan-kesalahannya walaupun itu di dalam rumahnya."
(Hadith riwayat At-Tirmizi)

Once kita buka aib orang, percayalah bahawa Allah akan buka aib kita walaupun kita hanya duduk sorang diri di dalam rumah.

Bukan tu je, wahai teman!

"Apabila ada seorang mukmin menghina saudara mukminnya atas suatu dosa, maka dia tidak akan mati kecuali Allah akan menimpakan dosa / kesalahan yang serupa...”
(Dari Imam Ahmad bin Hambal dalam kitab Az zuhd)

Means, kalau kita selalu buka aib, hina dan sebarkan aib orang, maka Allah akan pastikan sebelum kita mati, kita akan buat aib yang kita sebar tu.

Nauzubillah.

Berdoalah agar Allah ampunkan kita dan pelihara kita daripada sering bercerita mengenai aib orang lain.

Ingat wahai kawanku.

Kadang, kita lupa kita sendiri banyak aib. Bayangkan apa akan jadi bila orang buka aib kita. Pedih kan?

Kalau tak nak aib kita dibuka, jangan buka aib orang lain.

@TarbiahSentap


IslamQuotesLifeWhere stories live. Discover now