Bab 1 : Hujan

673 26 30
                                    


Hujan masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Air masih mencurah laju. Kaki Julia melangkah laju mencari tempat berteduh. Dalam langkahannya, kalaulah Julia sedang menangis, airmatanya yang mengalir deras pun dapat disembunyikan dengan air hujan yang mengalir sama membasahi pipinya.

Julia berteduh di sebuah pondok bas sambil matanya membaca angka di jam tangannya. Sudah jam 7.30 petang. Kelibat Amir masih belum kelihatan. Dek kerana Julia terlalu lama menghabiskan masa di bengkel universitinya bagi menyiapkan projek assessment yang bakal menjelang hujung tahun ini, Julia menolak pelawaan Amir yang mengajaknya makan tengah hari tadi bersamanya.

Tapi Amir tahu, kalau bukan dia yang ambil berat pasal Julia ni, siapa lagi? Walaupun ada masanya rasa nak cekik biar mampos Julia ni, tapi disebabkan dia kenal sangat perangai Julia yang keras tapi mudah dilentur, dia biarkan saja. Biarlah Julia nak keras dengan lelaki pun. Asalkan bukan dengan dia. Walaupun kadangkala Julia terlepas juga berkeras dengan Amir, tapi Amir diamkan sajalah.

Berlawan dengan perempuan ni adalah jahil seorang lelaki. Dan lelaki tahu perempuan tak okey cuma lelaki malas nak layan. Lelaki tahu perempuan lapar tapi lelaki malas nak ajak makan banyak kali. Dikhuatiri lepas makan, Julia mengadu gemuk padahal pinggang dia tu kalau dicekak dengan tangan, boleh bertemu ibu jari.

Amir berjanji akan pickup Julia pada jam 7.00 petang. Tapi sekarang dah jam 7.30 petang. Pantang betul Julia kalau orang berjanji tapi tak muncul. Itu pantang paling utama. Baru sahaja Julia keluarkan telefon, kereta Perodua Kenari Amir muncul di hujung simpang beberapa meter sebelum pondok bas itu.

Julia mendengus perlahan. "Setiap kali aku nak call, baru nampak batang hidung!"

Telefonnya disimpan semula di dalam poket. Julia mengambil begnya yang diletakkan di atas bangku pondok bas itu beserta alat tulis dan pen lukisannya itu. Hatinya geram juga dengan Amir ni. Tapi mengenangkan yang dia tu menumpang Amir setiap masa, even balik kampung pun Amir yang hantarkan, Julia pendam saja rasa geram itu. Salah dia juga. Orang dah ajak balik petang tadi dan makan tengah hari siang tadi dia taknak. Sibuk nak siapkan lukisan dan projek bengkelnya.

Tapi Amir tahu apa? Dia budak Sains Sukan yang cuma tahu bermain bola, fikir Julia. Amir takde projek semester macam Julia yang mengambil course Art and Design. Dalam pada Julia ni orangnya lemah lembut, siapa sangka dia akan ambil course hardcore macam ni? Dengan duit yang mengalir macam air, masa tidur yang tak menentu, tahu-tahu je sekarang dah tahun akhir.

Perodua Kenari Amir berhenti di depan pondok bas itu. Julia menerjah masuk dengan laju. Amir hanya tersengih sambil menarik gear D.

"Apesal kau lambat? Jaga tu kunci bengkel tadi, sampai aku kena tunggu setengah jam dekat sini. Dah la hujan.", Cebik Julia sambil mencarik tisu di atas dashboard kereta Amir. Mukanya dilap dengan tisu tersebut. Tertanggal terus bedak yang dipakai pagi tadi. Amir hanya menoleh dengan muka yang menahan ketawa.

"Mak! Pontianak! Turun kau!", Balas Amir sambil ketawa. Rasanya ini pertama kali dia lihat wajah Julia tanpa bedak. Berbeza sikit la dengan wajahnya kalau berbedak. Tanpa bedak, wajah Julia lebih suci. Tapi ada jerawat dekat dahi dua ketul.

"Ei bodohlah. Aku nak period ni. Tu aku letak bedak sikit harini. Aku dah la sakit perut dari malam tadi. Kau jangan nak melawak bodoh eh. Aku takde mood ni.", Julia membalas jenaka Amir dengan ayat marahnya. Ah kalau nak dikira bila Julia ada mood, entah berapa hari je dia ada mood dalam masa setahun. Tu pun mood dia baik kalau barang online dia sampai, atau pun duit MARA dah masuk. Tu je la hari-hari yang boleh buat mood dia baik. Hari lain? Hari lain kerjanya marah orang je. Perempuan memang kerjanya marah-marah orang. Kalau tak marah orang, cari salah orang.

"Ah kau, bila masa kau ada mood?", Bisik hati Amir. Tangan kanannya memetik tuil signal ke kanan sambil matanya memandang ke arah cermin sisi. "Ju, kau ada RM300?", Amir menyoal Julia sementelah kereta masuk di lorong jalan utama itu.

JuliaWhere stories live. Discover now