Hai selamat malam.
Tak ada yang penting pun, saja je saya beritahu.
Alhamdulilah saya dah siap rangka plot penuh Manuskrip. Dan kira-kira ada 24 bab lagi sebelum kita bertemu kata tamat.
Dan bab-bab akan datang bukan lah semanis gula melaka tetapi ada variasi rasa (pahit, manis, masam, masin). Juga bukan fokus kisah cintan cantun Niyaz gatal tu, tapi kita juga akan menyelam ke lautan pecahan memori Jiwa yang meloyakan, menelah kisah watak novel Alanna, memperhatikan konflik kecil antara tiga beradik.
Suka saya ingatkan, genre utama Manuskrip bukan Romance ya. Jadi babak-babak bunga-bunga cinta bukan lah fokus utama saya. Manuskrip itu bertemakan paranormal dan mungkin akan agak mengarut sikit.
Ouh dan saya rasa tak ada plot twist pun, jadi kita santai-santai saja okay.
Dan mohon doakan saya dapat selesaikan Manuskrip sebelum akhir bulan Jun, ya. Sesungguhnya saya agak burnout dan drain bila menulis Manuskrip, mungkin kerana penceritaan yang agak aneh dan ada watak-watak yang agak banyak buatkan saya sedikit penat dan syakit otak.
Apa-apa pun terima kasih kerana sudi singgah dan baca Manuskrip. Terima kasih juga tinggalkan jejak vote dan comment. Saya hargai sangat :)
Okay tu je nak bebel. Bye-bye... Good night dan take care semua.