owlsblxck

helloooo saya ada buat buku baru, Buku 555 namanya! Saya akan update everyday (in shaa Allah) jadi kalau nak tahu my adventure journey, addlah to library ><

owlsblxck

Beberapa tahun menulis di sini, tak pernah aku katakan aku sebagai seorang penulis sebab aku hanya menulis apa yang aku rasa. Sama ada gembira atau binasa, bergantung kepada masa dan ketika.
          
          Tapi aku harap, aku takkan pernah berhenti - sebab ini jelah salah satu coping mechanism yang ada. Aku tak ramai kawan, kawan yang ada juga terkadang sibuk dengan kehidupan mereka. Jadi, sini jelah tempatnya. 
          
          Walaupun dunia wattpad semestinya dah berubah, tak sama seperti 10 tahun lepas, tapi aku percaya yang aku masih akan tetap sama. Menulis dikala sarat dengan duka, hingga akhirnya aku sendiri yang akan rasa "cringe" dengan setiap penulisan yang ada.
          
          
          -- aku tak tahu adakah kenalan aku di wattpad masih ada atau tidak, tapi aku harap semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. :D
          

owlsblxck

4.44 am, 15/3/2022
          
          Hari yang begitu menakutkan. Aku tak mampu untuk terus memejam mata dan menenangkan jiwa dan akhirnya, aku di sini, menulis beberapa ayat bagi pengobat hati.
          
          Keputusan peperiksaan akhir bagi pelajar UiTM dan aku jujur risau, takut, teruja dengan keputusan yang bakal dikeluarkan pada 9.00 pagi ini.  Doa aku, semoga usaha kita dibayar dengan sebaiknya dan semoga Tuhan membantu kita semua dengan ihsanNya. 
          
          Dan jikalau ada diantara rakan-rakan wattpad yang sama-sama mendapat keputusan pada hari ini, goodluck aku ucapkan. Semoga kita sama-sama mendapat keputusan yang baik, aamiin.

owlsblxck

Update : Alhamdulillah 4 flat!! Terima kasih Tuhan untuk hadiah dan keajaiban yang telah Engkau berikan.
Odpowiedz