B A B 20

13.2K 1.4K 192
                                    

MAKAN malam bersama keluarga besar Emiir berlangsung dengan jayanya. Jelita tidak banyak bercakap pun semalam. Hanya sesekali menjawab bila Raja Rania dan Raja Radha mengajaknya berborak.

Manakala Raja Emran dan Wan Radea lebih gemar diam memerhati. Sedikit sebanyak, gerun juga Jelita dengan pandangan ayahanda dan bonda Emiir. Sepertinya mereka tidak menyukai dia.

Atau lebih tepatnya, Jelita bukanlah bakal menantu pilihan.

Mujurlah ada kakak-kakak Emiir yang sedikit mesra. Walau tidak mesra mana, tapi Jelita rasa selesalah juga. Malam semalam juga, Eshaq tidak putus-putus bertempel dengan Jelita bila Emiir beritahu keputusannya untuk menikahi Jelita.

Siap tidak mahu bagi Jelita pulang. Bergayut di kaki gadis itu setiap masa.

Luthfan pula... lelaki itu diam saja. Angguk dan masih cuba mencerna apa yang telah terjadi mungkin. Yang sebetulnya, bukan tak faham, tapi kurang percaya. Bapak laju Emiir buat kerja!

Tahu-tahu dah nak bernikah. Hebat! Tahu-tahu je nanti Jelita dah mengandung. Hahahaha.

"Apa benda ni... tak naklah tak nak..." Hampir menangis Jelita bila baca mesej Whatsapp yang barusan dihantar oleh Emiir.

Bonda suruh kau datang rumah esok. Tapi esok aku oustation, so kau datang sendiri. Okey?

Tak! Mana okey macam tu. Bonda suruh datang tu, dia tak kesah. Tapi nak kena datang sendiri. Sendiri bermakna tiada teman. Jelita perlu menghadap bonda seorang diri. Tanpa Emiir.

Mana boleh macam tu. Takkan saya nak pergi sorang kut. Nanti kalau saya terkencing waktu bonda awak marah saya, macam mana?

Laju jemarinya tekan butang hantar. Kata ganti diri kepada Emiir juga sudah berubah. Seperti arahan Emiir, tiada gelaran encik lagi. Dia buat keputusan untuk guna awak dan saya sahaja. Manakala Emiir kekal guna aku dan kau. Tak kesah pun. Lantak pi dialah.

Jelita tunggu buat beberapa minit. Tapi Emiir tak balas. Mesej dia sudah dibaca. Dah bluetick. Emiir online pula tu. Tapi kenapa tak nak balas?! Jangan cakap Emiir sengaja tak mahu tolong dia...

Jangan cakap... kan dah cakap! Kurang asam betul Emiir. Dari tadi online, tiba-tiba tinggal last seen je.

Tanpa buang masa, Jelita terus hubungi Emiir. Lama juga dia tunggu. Hampir dua puluh saat lamanya. Tapi panggilan dia satu pun tidak dijawab. Emiir seolah-olah tahu yang Jelita tidak akan berputus asa, terus mengabaikan panggilan demi panggilan gadis itu.

"Emiir! Angkatlah!"

Jelita sudah kalut.

Masih tidak mengalah, kali ini jari menekan pada butang mikrofon, merakam suaranya untuk dihantar kepada Emiir. Bibir dirapatkan ke speaker telefon bimbitnya. Bersiap sedia untuk melancarkan perang dunia. Nafas ditarik panjang-panjang.

"Kalau rasa tak reti angkat call... campak ajelah phone tu dekat laut Cina Selatan! Baik awak angkat call saya, Raja Emiir Farran! Kalau saya cari awak dekat pejabat nanti, silap-silap hari bulan masuk hospital awak, tahu?! Angkat call saya. Saya nak cakap dengan awak!" Suara Jelita memetir kuat di speaker telefonnya.

Tapi erkk... cakap gebang aje tu. Pejabat Emiir pun dia tidak tahu di mana.

Lama Jelita tunggu. Emiir sudah tidak online. Pesanan mesej suaranya pun tidak dibuka. Hanya dua tanda berwarna kelabu. Mesej-mesej yang dihantarnya selepas itu juga sama. Tiada dua tanda biru dah. Last seen Emiir sepuluh minit lepas.

Mengeluh panjang, Jelita mengalah. Telefon bimbitnya dicampak ke atas katil. Kepala tunduk menekur lantai. Sambil itu, punggung dihempas ke birai katil. Meraup wajahnya berulang kali. Kalau boleh biar sampai hilang kusut yang membelenggunya.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now