LISA!15

2.6K 79 2
                                    

"SAYANG buat apa tu? Banyak sangat ke kerja?" Aku yang sedang leka menulis di atas kertas kajang terus memejamkan mata. Mamat ni lagi! Kalau satu hari tak menyakitkan hati aku tak boleh eh?

Aku fikir petang tadi aku buat dia marah, dia dah taknak tegur aku. Rupanya tak! Tak makan saman betul!

Tangan kanan aku ni rasa nak patah dah buat kerja DIA SAJA tau?! Assignment lain aku tak sentuh lagi semata-mata nak siapkan kerja dia secepat mungkin.

"Tak nampak ke saya tengah main lukis-lukis ni? Lukis benda yang sama berkali-kali?" Aku menjulingkan mata ke atas tatkala tawa kecil Khalif terletus.

"Siapa suruh banyak buat salah? Padahal siang malam bersengkang mata buat revision, alih-alih tak lepas target. Padan muka."

Aku menggenggam penumbuk kosong. Padan muka?! Aku menarik nafas dalam, cuba menahan diri dari memaki hamun Khalif. Nasib baiklah kau tu suami aku, kalau tak... Memang aku layan kau macam mana aku layan Imran.

"Awak ni takde kerja ke? Kalau ada, boleh tak tolong pergi? Saya busy ni..."

"Abang nak sayang teman abang buat kerja." Permintaan Khalif buatkan aku tersenyum sinis. Selama ni kau buat kerja siapa yang teman? Ex girlfriend? Atau ex tunang?

"Saya takde masa nak layan awak, Dr. Khalif Zafran–"

"Sayang kena ada masa untuk layan abang sebab sayang ISTERI abang." Perkataan 'isteri' ditekan Khalif membuatkan tangan aku yang laju menulis terhenti serta-merta. Aku berdiri dari kerusi dan menghadapnya. Khalif turut menegakkan tubuh badan di depan aku.

"Dalam Islam, salah satu tugas seorang isteri adalah taat pada perintah suami. Sayang tak perasan ke, peraturan-peraturan yang abang tetapkan sayang dah langgar?" Kening aku bertaut pelik. Baru saja aku ingin membuka suara, tiba-tiba Khalif mengeluarkan sehelai kertas yang terkandung peraturan-peraturan yang aku dan dia tulis setelah selesai akad nikah haritu.

1. Saya dan Inara akan menukar nama gelaran setelah kami berkahwin iaitu saya panggil dia 'sayang' dan dia panggil saya, 'abang'...

"Peraturan pertama pun sayang dah langgar. You supposed to call me 'abang' not 'awak'. You should have known what would happen if you broke our rules yourself."

Aku terdiam lagi. Tak tahu nak balas apa.

"Disebabkan sayang sendiri dah langgar peraturan kita, sayang jangan sesekali minta cerai daripada abang dan sayang kena lupakan lelaki tu buat selamanya." Wajah aku yang menunduk terus mendongak memandangnya. What?!

"You already promised me that, Dalisha Inara. Siapa suruh langgar peraturan sedangkan kita baru saja jadi suami isteri tak sampai dua minggu? Sayang patut bersyukur yang abang belum minta macam-macam lagi daripada sayang tau? Especially...."

Khalif membongkokkan tubuh menyamai ketinggian aku yang separas dadanya saja. Dia menarik senyuman sinis yang terselit maksud tersirat.

Aku menahan nafas tatkala jarak antara wajahnya dan wajah aku hanya seinci. Air liur pun tak boleh nak telan.

"...your body."

Khalif kembali menjarakkan wajah kami. Hampir terjatuh aku dibuatnya apabila merasakan sepasang kaki aku lemah dan tergigil-gigil.

"Bila abang boleh tuntut hak abang?"

Diam. Tiada jawapan daripada aku.

"Sayang period?" Perlahan-lahan aku menganggukkan kepala. Sepasang matanya yang merenung wajah aku cuba aku elak. Khalif menjungkit kening sebelah.

"Sure?" Tanpa mendapat keizinan aku, terus pinggang seluar track suit yang aku pakai dia tarik untuk melihat 'itu'. Terbeliak biji mata aku dengan tindakan Khalif yang aku tak expect langsung dia akan buat macam tu!

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now