Assalamualaikum dan salam sejahtera, para penulis Dunia Oren🍊.
Saya Ain, merupakan salah seorang juri yang bakal menilai karya anda. Maaf sebelumnya, saya tak pandai berkata-kata. Dari tadi asyik taip, padam, garu kepala.
Jadi daripada membuang masa, lebih baik saya straight to the point.
Ada dua perkara yang saya nak pesan.
Pertama, tentu sahaja ucapan semoga berjaya buat para penulis sekalian. 😀
Kedua pula, sepertimana yang tertera di Bab Pengenalan, sesebuah karya (bukan random) bakal dinilai dari segi :
• Jalan Cerita (30%)
• Karakter (10%)
• Tatabahasa (30%)
• Cara/Gaya Penulisan (30%)Dan apa yang saya nak sentuh di sini adalah mengenai Tatabahasa. Sebelum itu, saya nak minta maaf terlebih dahulu sekiranya kata-kata saya selanjutnya buatkan sesiapa berkecil hati.
***
Contoh Bahasa Pasar :
Kat (dekat) = di, ke
Je = Saja, Sahaja
Ke? = ...Kah?
Ni = Ini
Tu = Itu
Kan? = Bukan?Perkataan-perkataan seperti di atas saya terima HANYA jika ianya merupakan dialog percakapan di antara watak. Tolong jangan gunakan perkataan-perkataan tersebut dalam ayat/perenggan naratif.
Terutama contoh singkatan perkataan serta bahasa slanga seperti di bawah. Tolong jangan gunakan baik dalam dialog mahupun ayat/perenggan naratif.
Mkn = Makan
Gi / Pegi= Pergi
Mane = Mana
Maleh = Malas
Takde = Tak / Tidak ada
Namatey = Nak mati (biasanya digunakan sebagai 'Sangat')
Peloles = FlawlessDll.
Lain orang, lain cara menilai. Tetapi untuk kami, para juri Hot Issue sendiri boleh mendidih otak nak teka maksud ayat tersebut. Jadi, tolong, bagi memudahkan kerja kami, jangan letak ejaan seperti itu.
Dan adalah lebih baik, kalau anda sunting semula cerita yang anda mahu daftarkan nanti, perbaiki tatabahasa. Jangan pandang remeh.
30% markah dinilai dari segi Tatabahasa. Jadi periksa dengan teliti. Edit.
Kesilapan ejaan (typo) adalah perkara biasa, jadi saya faham itu.
Ada masa lagi sebelum borang dikeluarkan. Jadi gunakanlah masa tersebut untuk perbaiki perkara yang saya nyatakan tadi.
Jangan kira saya cuma belek-belek sahaja buku anda. Tidak. Saya ambil serius dengan posisi saya.😊
Baiklah, hanya itu sahaja yang saya mahu katakan. Maaf andai ada yang terguris hati. Terima kasih dan semoga berjaya!
***
• Sebarang pertanyaan boleh dibuat di ruangan komen ataupun melalui inbox.
YOU ARE READING
HOT ISSUE AWARD 2020 | PENILAIAN
RandomSebuah anugerah akhir tahun tak rasmi yang diadakan buat julung kalinya bagi memberi penghargaan kepada penulis-penulis berbakat di Wattpad. Sertai sekarang!