Pulang

786 61 32
                                    

Selama 3 hari 2 malam itu, Nadia tetap menunggu panggilan daripada Adam namun hampa. Langsung tiada balasan atau panggilan daripadanya. Masa yang ditunggu-tunggu Nadia akhirnya tiba iaitu Adam dan Kamilia pulang akhirnya. Nadia bangun awal pada hari itu dan berhasrat untuk memasak. Dia nak masak gulai ayam, kek cheese dan nasi hujan. Nadia dah beli semua barangan memasak semalam dan sudah berfikir untuk memasak apa pada keesokkan harinya.

Pertama sekali dia akan masak nasi hujan panas dulu. Dia memanaskan kuali dan memasukkan ghee. Dia menggoreng rempah 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar. Kemudian memasukkan daun pandan dan bahan-bahan yang digoreng tadi ke dalam periuk nasi. Nadia memasukkan air, kiub ayam, susu dan beras. Masak nasi seperti biasa!

Untuk gulai ayam, dia mengisar 3 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, 1 inci lengkuas, 1 inci halia dan 1 inci kunyit hidup. Dia memanaskan minyak masak dan menumis cili boh, bahan kisar tadi, rempah 4 sekawan, rempah kari dan rempah gulai sehingga naik minyak. Kemudian dia memasukkan ayam dan sedikit air dalam 100 ml. Dia mengambil sedikit gula melaka, kerisik dan asam keping lalu diletakkan ke dalam gulai itu.

Sambil menunggu ayam dalam keadaan separuh masak, dia menyediakan bahan untuk membuat kek cheese. Bahan yang diperlukan ialah 250 gram krim keju dan susu pekat manis, 5 biji telur dan 1 per 2 cawan tepung gandum. Dia mulakan dengan mengasingkan putih dan kuning telur. Nadia memukul putih telur hingga kental. Dia kemudian mengambil bekas lain dan memukul krim keju bersama susu pekat manis sampai menjadi kembang. Dia memasukkan kuning telur satu persatu dan memukulnya sehingga sebati. Akhirnya, dia memasukkan tepung dan mekaup balikkan sampailah menjadi sebati. Nadia menuang bancuhan krim keju ke dalam bekas putih telur dan kacau sehingga menjadi sebati. Kemudian dia mengambil acuan dengan melapikkannya dengan baking paper dan menuangnya. Dia membakarnya pada suhu 180C selama 30 minit.

Apabila ayam tadi sudah separuh masak, dia memasukkan kentang dan santan. Dan siap!

Apabila nasi sudah masak, dia menitikkan pewarna menggunakan chopstik dan membiarkannya seketika. Dia menggaul sehingga pewarna tadi bercampur dengan nasi. Akhirnya dia menaburkan daun sup, gajus dan kismis. Dia juga telah mengeluarkan kek cheesenya dari oven. Fuh aromanya, mantap! Dia menghidangkan semuanya di atas meja. Tak dilupakan juga air sirap bandung dibuat oleh Nadia. Nadia penat namun berasa puas dan gembira kerana suaminya akan pulang!

Bunyi kereta di luar menandakan Adam dan Kamilia sudah pulang. Nadia segera menyiapkan diri dan menyembur minyak wangi di badannya. Nadia segera membuka pintu untuk Adam dan Kamilia. Adam keluar dan membantu Kamilia mengangkat barang. Nadia tersenyum di depan pintu. Kamilia melambai-lambai tangan kepada Nadia. Nadia membalasnya dengan senyuman yang tak lekang di mulut.

" Abang," panggil Nadia lalu menyalami Adam.

" Hm" jawab Adam.

" Jom makan, sayang tadi ada masakkan nasi hujan panas dengan gulai ayam. Sayang buatkan kek cheese juga tau. Jom la makan" kata Nadia teruja. Suaminya sangat sukakan masakannya dan tak pernah menolaknya sama sekali.

" Abang letihlah. Sayang makan lah dulu " kata Adam sebelum memasuki bilik Kamilia. Nadia terkaku di situ. Kamilia terus memeluk Nadia apabila memasuki rumah. Nadia tersenyum besar melihat Kamilia begitu gembira.

" Seronok?" tanya Nadia.

" Seronok we, aku dan Adam pergi mandi laut dan kami lihat ikan-ikan dalam laut. Sumpah seronok. Terima kasih we sebab belanja kami percutian ni. Ini yang paling terbaik. Terima kasih sahabatku" ucap Kamilia sambil memeluk Nadia. Nadia mengusap belakang Kamilia dan berkata

" Sama-sama. Janji kau bahagiakan Adam, aku okay je" kata Nadia sambil tersenyum. Dia kemudian mengajak Kamilia untuk makan bersamanya tetapi ditolak kerana terlalu penat. Dia ingin berehat dahulu dengan Adam. Nadia sekadar mengangguk lalu pergi ke meja makan. Dia melihat makanan itu lalu menangis.

' Kenapa Adam macam berubah eh, ah mungkin fikiran aku ja kot' desis Nadia di dalam hati. Dia taknak menjadi isteri derhaka dengan fikirannya sekarang ni. Dia mengambil pinggan lalu makan berseorangan. Sambil dia makan, sambil dia berfikir tentang hidupnya. Akhirnya dia tidak dapat menghabiskan makanan itu kerana baginya tiada Adam maka tiada selera untuknya untuk makan. Dia membersihkan pinggan mangkuk lalu naik ke atas. Dia merebahkan dirinya di katil lalu tertidur.

Nadia terjaga dek suara gelak ketawa anak-anaknya. Nadia gembira kerana anak-anaknya sudah pulang. Dia turun ke bawah dan melihat mereka berada di ruang tamu bersama Adam dan Kamilia.

" Wah terima kasih ibu, cantik sangat baju ni" kata Safia gembira.

" Sama-sama sayang, ha kamu Arisa, macam mana? Muat tak?" tanya Kamilia kepada Arisa.

" Muat ibu, terima kasih" kata Arisa pula.

" Wahh besarnya mainan ni. Terima kasih ibuu, sayang ibu" kata Haris sambil memeluk Kamilia. Kamilia ketawa dengan celoteh Haris itu.

" Pehh, komik baru Lawak Kampus! Cantiklah! terima kasih papa, ibu" ucap anak sulungnya pula. Nadia tersenyum melihat anak-anaknya gembira kerana mendapat hadiah daripada Kamilia dan suaminya.

" Wauuu cantiknya ibu, papa belikan ke?" tanya Arisa sambil memegang tangan Kamilia. Kelihatan ada gelang emas yang besar tersarung di pergelangan tangan.

" Hehe ye, Alhamdulillah. Papa kamulah, ibu cakap jangan beli, degil juga nak belikan" ucap Kamilia tersenyum.

" Apa-apa je untuk isteri abang." Adam memegang bahu Kamilia. Nadia berdehem sedikit kerana dia seolah-olah tunggul di sini. Namun dalam masa yang sama, dia gembira kerana Adam sudah membiasakan diri untuk memanggil dirinya sebagai abang. Bukan apa sebelum ni, Adam memanggil aku-kau jadi Nadia memarahinya.

" Eh Nadia, marilah tengok anak-anak ni. Seronok dapat hadiah hahaha" kata Kamilia sambil mengajak Nadia. Nadia mengangguk lalu pergi ke arah mereka.

" cantiknya gelang ni ... pandai abang pilih. Hadiah kat sayang takde ke?" tanya Nadia dalam nada gurauan. Dia sebenarnya taknak pon.

" Barang kemas sayang kan ada banyak dah. Buat apa nak beli lagi. Kamilia ni takde barang kemas lagi sebab tu abang belikan" kata Adam .

" Ish abang ni, sayang melawak je lah" kata Nadia sambil mengusap pipi Adam. Namun Adam menepisnya.

" Ada anak-anaklah. Malu" kata Adam. Nadia sedikit tersentap kerana sebelum ni okay ja bila dia mengusap pipi Adam di depan anak-anaknya. Tapi Nadia cuba berfikiran positif dengan mengatakan mungkin Adam sedikit stres dengan sesuatu perkara. Biarkan jelah.

*****************

Double update hua! Sebab? Hehe Abang Pengawas Garang menang satu lagi dalam award! hiks! Jangan lupa vote! Sapa rasa Adam macam dah berubah? Hm kenapa eh? 

Abang Pengawas Garang 2✔Where stories live. Discover now