Cuaca malam itu sungguh dingin dan tenang. Bagi penghuni yang sedang beralaskan bantal dan berlapikkan tilam empuk sudah pasti telah jauh dibawa melayari bahtera mimpi indah. Namun, tidak bagi Aera. Otaknya masih rancak berfikir. Tiada tanda-tanda untuk melelapkan mata.
Waktu telah melepasi jam 12.00 tengah malam. Kelopak mata masih gagal dijinakkan. Dirinya hanya terbaring. Sekejap berpusing ke kanan, sekejap ke kiri. Bingung memikirkan keadaan suaminya disana. Sihatkah Jimin ? Adakah lelaki itu mengalami tekanan atau sesuatu ?
Kalau ya pun, khabarkanlah pada dirinya. Fikir gadis itu menerawang jauh. Lelaki itu langsung tidak membalas semua chatnya malah tidak dapat dihubungi. Apa yang telah terjadi ?
Lama Aera merenung ke arah siling bilik tidurnya. Fikirannya melayang jauh. Entah mengapa raut wajah mendiang Kim Taehyung menjengah kotak pemikirannya. Masih terasa keberadaan lelaki tersebut dek kerana rasa rindu yang tiba-tiba menerjah.
Hati beria mengatakan bahawa dia merindui jejaka itu. Namun otak menegah keras tatkala mengingati kembali apa yang telah Taehyung lakukan terhadap Jimin.
Tangan dibawa naik ke dahi. Sesekali gadis itu bersiul perlahan bagi mengisi kesunyian larut malam. Tekak yang terasa haus dielus perlahan. Bingkas Aera bangun menuju ke dapur.
Sebaik sahaja telapak kakinya menjejak permukaan lantai dapur, kornea matanya menangkap secawan susu bersama sekeping nota berada di atas meja.
"Eoh ? Siapa punya ni ?"laju sahaja tangan miliknya mencapai kertas yang bertulis itu.
Susu untuk Puan.
Minum susu ni. Bagus untuk kandungan puan.Miyeon-sshi ♡︎
"Aigoo aigoo, comel je budak miyeon ni."kepala digeleng-geleng perlahan seraya melabuhkan punggung di kaunter dapur.
Usai menilik air yang dipanggil 'susu' tersebut, sengihan tipis diukir. Minuman diteguk perlahan menembusi kerongkong sekaligus masuk ke dalam perut. Da apahal pulak aku cite macam proses sains pulak ni. Astaga. ok abaikan HAHA.
Aera termenung seketika. Suasana yang agak sunyi itu sedikit sebanyak membuatkan dirinya tidak selesa. Bukan apa, bila duduk bersendirian sebegini pita layarnya pasti akan menayangkan wajah orang yang dirinduinya, Park Jimin.
"Bogoshipda.."keluhan dilepaskan seraya memejam kelopak mata perlahan.
"Haih.. harap-harap esok aku tak terlajak lah. Kalau tak mampus aku."cawan dibawa ke singki lalu kepala paip dibuka membiarkan tangannya dicucuri air. Tidak mahu berlama-lamaan melayan perasaan bimbang dan rindu yang menjengah diri. Tanpa membuang masa, bingkas wanita itu berlalu ke arah kamar untuk beradu.
Tubuh dibaringkan di atas permukaan katil menghadap syiling. Kelopak mata yang terasa kesat ditenyeh perlahan. Menandakan malam sudah lewat dan hampir melabuhkan tirainya. Jam yang tergantung di dinding dipandang sekilas.
2:47 a.m.
Keluhan kecil dilepaskan seraya memaksa diri untuk masuk ke alam mimpi. Hujung selimut ditarik menyelubungi diri seraya mengatup kelopak mata.
"Nite world."
Hapekebende yang nite nye aera. Pagi dah woi.
-tbc-
YOU ARE READING
BAD BOY °PJM° S1(√) S2(OG)
RomancePandangan mata helang itu lansung tidak membuatkan jimin kecut perut. Peduli apa dia, janji apa yang dia nak dia dapat. "Tak payah nak tunjuk kuat sangat kalau dah tahu diri tu lembik. Kan sekali aku terkam berbuih terus mulut kau" - Park Jimin Pua...