🎬epilogue-"Jisoo, appa dengan eomma aku buat Hari Keluarga. Kau datang lah sekali, eh?" Miyoung berkata kepada Jisoo yang sedang meletakkan kepalanya di atas meja kelas.
Jisoo memandang Miyoung tanpa menggerakkan kepala.
"Dengan papa and mama aku sekali ke?"
Miyoung mengangguk dengan senyuman mengharap. Jisoo mengangguk kecil.
"Yes! Nanti Seungcheol, Jeonghan dan Joshua ada sekali tau." Miyoung mengeluarkan buku 'rahsia' yang dia tidak pernah bawa keluar dari rumah.
"Hm, okay. Bila tu?" Jisoo melihat Miyoung yang tekun menulis.
"Hujung minggu ni? Nanti aku mesej dekat group." Jisoo mengangguk.
"Ha!" Miyoung yang sedang menulis itu terhenti apabila bukunya diambil secara tiba-tiba.
"K-kau! Hish, CHOI SEUNGCHEOL. Jangka harap aku panggil kau oppa! Perangai macam hantu. Kalau aku dapat kau, nyawa kau tak cukup untuk pergi Hari Keluarga tu!" Miyoung berlari keluar kelas mengejar sepupu 'kesayangan' yang mengambil bukunya.
Joshua dan Jeonghan cuma ketawa melihat perangai mereka itu.
"Noona, kenapa Miyoung noona lari laju sangat tu?" Seungkwan bertanya di muka pintu kelasnya. Di tangannya ada buku latihan yang diberi gurunya.
Seokmin di sebelahnya hanya melihat dengan pandangan kosong kerana dia tidak faham apa-apa.
"Biar aje dia tu. Nak balas dendam. Kwan ni nak minta ajar kerja sekolah ke?" Jisoo bertanya.
Seungkwan mengangguk perlahan. Dia beralih kepada Joshua yang sedang menyusun buku dibawah mejanya.
"Shua-hyung, kawan sekelas Kwan suka hyung."
Jeonghan tersedak air yang diminumnya. Manakala, Joshua hanya mampu memandangnya dengan wajah terkejut.
"Wow, ada peminat. Laku kau." Jisoo berkata sambil ketawa.
"Aku memang laku eh! Cuma, jual mahal..." Joshua berkata sambil menunduk malu.
Jeonghan, Seungkwan dan Jisoo ketawa melihat reaksi Joshua. Sekali lagi, Seokmin tayang muka blur. Haih, Seokmin manusia tersakiti yang kedua selepas Joshua nampaknya.
.....
"Jeonghan! Tolong aku bawa makanan ni!" Miyoung memanggil Jeonghan yang baru sahaja tiba di taman rumah Seungcheol.
Tak sangka, diam-diam appa Seungcheol ni kaya. Jadi, taman rumah yang luas dijadikan tempat Hari Keluarga mereka.
"Okay, aku letak kerusi ni dulu."
Kelihatan Joshua sedang menolong Jisoo dan Seungcheol menyusun makanan. Pinggan dan mangkuk serta sudu garfu telah disusun terlebih dahulu sebelum makanan di letakkan di meja panjang berwarna putih itu.
Tiga beradik iaitu Kiwoo, Kiyoung dan Kiyoon sedang sibuk menyediakan makanan. BBQ disediakan dahulu sebelum makanan yang lain.
Eomma Miyoung dan Mama Jisoo sedang menolong adik-beradik itu menyediakan makanan seperti memotong sayur-sayuran dan buah-buahan.
Papa Jisoo pula sedang merakam detik-detik yang berharga ini dengan kamera digital miliknya.
"Ada sesiapa nampak Yun tak?" Jeonghan bertanya dengan kuat.
"Siapa Yun?" Seungcheol bertanya sambil meletakkan bekas berisi buah tembikai di atas meja.
"Meow!" Kucing berbulu lebat itu melompat ke atas salah sebuah kerusi yang telah disusun oleh Jeonghan di meja besar itu.
"Morning, Yun!" Jisoo berkata serentak dengan Miyoung. Kedua-duanya berhenti melakukan tugasan hanya untuk membelai kucing itu.
"Bila ada kucing ni? Aku tak pernah tahu pun?" Seungcheol berkata sambil turut mengusap kucing itu perlahan.
Jisoo memandang Seungcheol dengan senyuman.
"Kalau kucing ni tak ada, kita semua tak berkumpul dekat sini, sebagai keluarga. Kan semua?"
"Betul!!" Semua berkata serentak, membuatkan Seungcheol terkejut dan terletuslah ketawa mereka semua.
Siapa tahu, kerana seekor kucing, hubungan keluarga dapat disambungkan?
Oleh kerana keberadaan kucing ini diletakkan secara sengaja di hujung koridor, ia menjadi titik permulaan persahabatan.
Hubungan yang akrab dan lebih kukuh di antara satu sama lain.
- ᪥᪥᪥ -
-THE END-
YOU ARE READING
𝙏𝙃𝙀 𝘾𝘼𝙏 𒊹︎︎︎ 𝙅𝙞𝙨𝙤𝙤 𝘽𝙋𒊹︎︎
Mystery / Thriller✯ 𝕋ℍ𝔼 ℂ𝔸𝕋- 𝐽𝑖𝑠𝑜𝑜 𝑜𝑓 𝐵𝐿𝐴𝐶𝐾𝑃𝐼𝑁𝐾 ☾︎ 𝐒𝐭𝐚𝐫𝐭𝐞𝐝: 𝐃𝐞𝐜 8𝐭𝐡, 2020 𝐄𝐧𝐝𝐞𝐝: 𝐉𝐚𝐧 1𝐬𝐭, 2021 𝐏𝐮𝐛𝐥𝐢𝐬𝐡𝐞𝐝: 𝐉𝐚𝐧 3𝐫𝐝, 2021 (𝐀 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲 𝐅𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧) ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ 𝑺𝒆�...