Present.
Wajah Hanna dipandang sekejap sebelum smirk muncul lagi di bibirnya. Saat-saat paling gila itu, saat yang menghuru-harakan hidupnya sehingga kini. Mana mungkin dia boleh melupakannya begitu sahaja.
"Hanna."
"Ya?"
Melihatkan Hanna yang langsung tak bergerak dari sandarannya di kerusi pemandu, membuatkannya turut melakukan perkara yang sama. Perlahan, kepala disandar kemas pada kerusi.
"Sampai sekarang, kau tak menyesal couple dengan aku?"
"You!"
Hanna yang sudah bangun dari sandarannya, membuat Karl tersenyum sinis lagi.
"Fine! Fine."
Hanna hanya tertawa kecil. Lengan sasa Karl ditampar perlahan sebelum bersandar, kali ini, tubuhnya dipaling menghadap lelaki itu.
"You."
"Nak apa?"
"I love you."
Karl memandang ke tepi sejurus selepas kata-kata ringkas itu terucap. Perkataan itu sudah seringkali didengarinya, mengapa kali ini, jantungnya berdetak lebih hebat, tidak seperti sebelum ini?
Melihatkan Karl begitu, Hanna tergelak suka. Lengan sasa Karl ditarik ke dalam pelukannya.
Lelaki itu sekadar membiarkan. Beginilah Hanna sejak pertama kali hubungan itu terpateri antara mereka.
Tidak dia tahu, bagaimana hidup Hanna jika dirinya tiada dahulu, sekarang, juga di masa depan gadis itu.
YOU ARE READING
Afraid of Losing You. [On Hiatus]
Fantasy/Before anything else, cerita ni banyak pusing and flashback. It might go back and forth again and again./ Karl dan Hanna antara pasangan kekasih yang sangat dicemburui ramai. Bukan sahaja kerana rupa mereka, juga perlakuan mereka di khalayak ramai...