Nafas lega dihembus Mak Yam, syukur Ayra Medina pulang dalam keadaan yang baik. Risau hatinya tadi, usah disoal. Bukan dirinya sahaja yang merasa begitu, hampir kesemua yang berada di situ mencemaskan keberadaan Ayra Medina.
''Ayra minta maaf.'' hening sungguh suasana tika itu.Yang menjadi perhatian sudah tentunya si Ayra Medina.
''Mama yang patut minta maaf.'' Datin Maisarah pula membuka mulut. Dan bila perbualan itu dirasakan cukup privasi untuk dibincangkan, keluarga Mak Yam beransur meninggalkan ruangan itu.
''Papa pun minta maaf, sayang. Papa tak tahu apa yang ada dalam fikiran kami masa tu.Sampai papa sanggup...'' Dato Izani tidak mampu meneruskan ayatnya. Sebak menghurung dadanya.
''Mama rindu princess mama ni, Ayra ikut kami balik ya nak.'' tangan Ayra Medina digenggam lembut,menyalurkan rasa kasih dan sayang Datin Maisarah pada anak tunggalnya itu.
''Ayra taknak balik.'' ayat yang keluar dari mulut Ayra Medina menyentakkan kedua-dua orang tuanya.
''Kenapa? Ayra masih tak boleh maafkan kami ke?'' Dato Izani menyoal. Jika anaknya tidak boleh memaafkan dirinya, dia harus bersedia untuk menerima rasa sakit itu. Kerana dirinya lah yang telah menghina dan membuang Ayra Medina dahulu.
''Bukan macam tu,papa. Ayra cuma nak bekerja kat sini lagi. Ayra suka suasana kat sini,dengan budak-budak ni. Boleh kan papa, mama? Anggap saja Ayra sedang bekerja dan Ayra janji akan balik rumah kita bila ada waktu.'' mata Ayra Medina penuh harapan memandang kedua ibu bapanya untuk bersetuju.
''Papa tak setuju, kita baru je nak berjumpa kembali Ayra, kenapa kamu macam cuba nak larikan diri dari kami?''
''Abang, Mai rasa biarlah Ayra yang buat keputusan untuk diri dia.'' Datin Maisarah menegur suaminya. Bukannya dia tidak bersedih dengan keputusan anaknya itu, namun Ayra Medina sudah besar. Anaknya pasti tahu apa yang terbaik untuk dirinyasendiri.
'' Ayra cuma nak bekerja dekat sini papa, lagipun Ayra tak sanggup berpisah dengan Sofia. Ayra nak jaga dia macam anak Ayra sendiri.'' jelas Ayra Medina lagi.
''Siapa Sofia?'' soal Datin Maisarah, agak tertanya-tanya dirinya kerana yang dia tahu cucu kandungnya masih ada didalam perut Ayra Medina. Jadi mana datang budak nama Sofia ni?
''Mama dah balik? Kenapa mama tinggal Pia tadi, sampai hati mama.'' Baru sahaja Ayra Medina ingin menjawab, Sofia terlebih dahulu muncul sambil berpimpin tangan dengan Imran Yusuff. Jelas raut wajah Sofia yang tersebek-sebek menahan tangis. Comel sungguh.
''Ni lah Sofia yang Ayra cakap tu, comelkan ma?'' kepala Sofia dibelai lembut oleh tangan Ayra Medina.
''Oh...'' hanya itu yang terkeluar dari mulut Datin Maisarah. Bibirnya turut membalas senyuman si kecil Sofia.
''Papa dan mama tak boleh paksa kamu, kalau itu yang kamu mahu. Tapi papa harap kamu selalu-selalu lah balik rumah,kami rindu anak kami juga. Boleh bawa Sofia sekali, mesti dia suka.'' Dato Izani mengalah.
''Thanks papa, mama.'' Ayra Medina segera memandang wajah Mak Yam yang jelas mengangguk sambil tersenyum. Seperti membenarkan dan sentiasa mengalukan kahadiran Ayra Medina di situ.
Namun riak wajah Imran Yusuff yang sempat ditangkap oleh mata Ayra Medina sedikit sebanyak menggundahkan hatinya.Adakah matanya salah pandang? Dia yakin dia nampak wajah Imran Yusuff tersengih sinis tadi.
Ayra Medina duduk termenung melihat kolam buatan yang penuh dengan bermacam jenis ikan itu. Sungguh hatinya lebih tenang tika ini. Satu masalah sudah diselesaikan dengan baik. Perutnya yang semakin membusung itu diusap lembut, semakin hari semakin dia jatuh sayang akan anak yang dikandungnya itu. Namun apabila fikirkan akan nasib anaknya yang tidak akan mendapat kasih sayang seorang ayah hatinya menjadi pilu kembali. Dia percaya dia kuat dan boleh membesarkan anaknya itu sendiri,namun bolehkah anaknya itu nanti membesar tanpa kasih sayang seorang ayah? Bagaimana pula penerimaan masyarakat pada anaknya.
''Hei kenapa ni? Sayu je muka tu.'' Irfan yang muncul secara tiba-tiba itu sedikit menyentakkan Ayra Medina. Tahu-tahu sahaja Irfan telah mengambil tempat di sebelahnya yang sedang duduk di gazebo.
''Tak de apa, fikir masa depan je'' jawab Ayra Medina. Betul lah kan, dirinya memang memikirkan masa hadapan?
''Masa depan Med dengan Irfan eh? '' selepas pertanyaan itu Irfan sambung dengan ketawa. Mudah terhibur mamat ni.
Ayra Medina hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersengih sahaja. Irfan tu kalau dilayan makin menjadi-jadi gatalnya.
''Irfan serius Med, kalau Med takut nak hadap masa depan nanti. Med kene ingat, Irfan ada. Irfan boleh terima Med dan kekurangan Med. Irfan boleh jaga anak tu macam anak kandung Irfan sendiri''
Sungguh saat ini diri Ayra Medina tidak mampu bergerak. Mahu bernafas pon terasa tersekat di saluran pernafasan. Adakah dirinya sedang dilamar. Muka Irfan dipandang sekejap, muka itu penuh dengan harapan. Harapan agar dirinya diterima Ayra Medina.
''Err... Irfan. Med rasa-'' percakapannya terhenti bila satu tangan menarik kuat tangan kanannya untuk bangun dari duduk. Terkejut juga lah dirinya.
''Jom ikut aku.'' arahan tegas dari Imran Yusuff mengheningkan suasana.
''Eh along! Apa main tarik anak dara orang macam tu.'' Irfan juga sudah pasti terkejut. Terasa mahu sahaja dirinya menenyeh muka alongnya itu. Orang tengah sibuk mengorat dia boleh kacau daun pula.
''Kau diam budak.'' terus segera tangan Ayraa Medina ditarik ke suatu tempat. Yang penting tempat itu jauh dari Irfan.
a/n: makin hambar but sis cuba walaupun idea dah kering.
YOU ARE READING
Medina | ✔️
RomanceAyra Medina, wanita teraniaya oleh lelaki durjana. Anak di dalam kandungannya yang semakin memberat, mencemaskan dirinya. Wanita naif itu tidak mengetahui siapa bapa kepada bayi tersebut. Dia tiada hala tuju selepas dihalau oleh keluarga kandungnya...