Dua puluh tujuh

2.3K 73 5
                                    

"Tif, kau jangan lama sangat. Dah malam ni," pesan Reza sebelum ditinggalkan.

Ejen kereta dimatikan, hanya sedikit ruang dibuka pada tingkap.

Tif melangkah masuk ke rumah agam milik datuk nya. Banglo yang sangat besar dengan kelebaran tanah yang boleh membuat satu taman perumahan. Tapi sayang, banglo itu disorok jauh dari bandar, jauh juga dari perumahan lain. Terletak di pedalaman hutan, ataupon kawasan yang dipenuhi pokok balak.

Reza tiada pilihan lain selain dari menolong Tif.

Sudah sejam Tif di dalam masih tidak munculkan diri. Reza keluar dari kereta itu untuk mengambil angin luar. Sejam di dalam kereta membuatnya sangat berpeluh.

Telefonnya dibuka. Masih sama. Tiada line langsung.

Tiba-tiba tangan Reza ditarik. Badannya ditolak ke kereta.

"Hey my ex, kenapa tak nak masuk," sapa seorang lelaki yang lebih kurang saiz Tif ataupon mungkin lebih tinggi. Rambut panjangnya diikat. Batang rokok masih digigit.

Reza mula gelabah. Dia cuba melepaskan diri. "Ehh Joe, mana Tif? Dia kata kejap je," Reza cuba berlagak tenang.

"Kau yakin ke kalau dah hadap orang tua tu boleh jadi kejap. Dulu dia join meeting sekolah pon boleh jadi sehari suntuk," balas lelaki yang bernama Joe itu. Muka Reza dibelek.

"Joe, lepas la," Reza sedikit meronta.

"3 tahun tak jumpa, makin berisi kau eh. Dulu tulang je. Sedap sangat ke dm tu masak sekarang?" Kemaluan Reza disentuh sehingga ke dada. Puntung rokok dibibirnya dicampak ke tanah.

Reza masih mencuba menghalang tangan itu. Namun tindakan Reza membuatkan Joe mencekek lehernya.

"Joe. Apa ni. Aku dah besar la. Kau pon dah ada awek kan," Reza berusaha melepaskan tangan Joe yang digenggam dilehernya itu.

"Ouhh, so kau dah besar aku tak boleh sentuh la. Apa rasa kau eh sekarang, aku dah lupa la. 3 tahun kan tinggalkan kau. Takkan anak buah aku dah amik alih, aku tak boleh rasa kau balik. Aku kot yang bagi kau kat dorang," Joe  menguatkan genggaman itu.

Reza sudah kehabisan oksigen. Dada Joe ditepuk-tepuk. Leher Reza dilepaskan.

Tercungap-cungap Reza mencari oksigen.

Tangan Joe ditarik dari belakang. "Kau nak aku cancel balik ke projek casino tu Joe!"

"Ehh my bro, rilex. Aku sentuh dia sikit je," bahu Tif ditepuk sebelum Joe beredar ke bmw 8 series coupé disebelah.

***

"Macam mana Joe boleh perasan kau?" Soal Tif. Masih focus dalam pemanduannya.

"Aku keluar kereta kejap tadi," balas Reza.

Tif menyepi selepas itu. Reza pula cuba melelapkan mata. Jantungnya masih berdebar laju. Dia terpaksa jumpa manusia yang membuatkan masa silamnya hitam. Walaupun Reza sudah move on, tetapi segala momen yang dirasa pada usia mudanya tetap tidak dapat dihapuskan.

Buli zaman dulu tak sama macam zaman sekarang. Sapa yang pernah hadap tu tau la macam mana sakit dia.

"Esok pagi la kita balik KL. Kejap lagi sampai Kuantan aku cari hotel," Tif membuka suara semula.

"Kalau kau penat, biar aku drive. Tak payah la membazir duit sewa hotel. Kau kata kau tengah ada problem kan," Reza membantah.

***

"Kau tak nak ikut aku balik ke? Kau kat sini pon sorang je," Dean sandar di kereta yang diparking di luar rumah Uncle Ardy.

"Tak pe lah Dean. Lagi 2 minggu je nak buka sekolah. Jumpa kat sekolah je la," balas Hazar.

"Kau ni sembang macam nak mati pulak. Lek la. Setakat rumah uncle kau ni, hari-hari aku boleh teman kau lepak,"

"Tak yah merepek la. Jauh bodoh kau nak drive sampai sini hari-hari,"

"Untuk kau semua aku sanggup. Hahahaha," Dean ketawa terlalu besar sehingga mematikan perbualan mereka.

Sehingga Hazar tak tahu untuk membalas.

***

"Kau serius la nak aku jaga bar kau?" Soal Reza.

Tif masih sibuk menaip sesuatu di telefon. "Alaa Reza tolong la aku. Aku kena settle kan casino tu. Kau tau kan casino tu lagi bahaya. Sial do orang tua ni. Aku baru nak hidup,"

"Tapi Tif. Aku mana tahu bab-bab arak ni. Lagi pon... dosa do," Reza masih membelek tangannya yang tiada apa-apa itu.

"Kau anggap je dosa tu aku tanggung. Sumpah do Reza, kalau kau tak tolong, aku memang mati. Lusa aku dah nak gerak Thai," Tif masih berbual tanpa memandang Reza. Tak tahu apa yang ditaip, tetapi sangat kusyuk.

"Kau kata masa bapak kau buka bar tu ada share partner. Mana orang tu?" Soal Reza lagi.

"Dah kantoi. Kes dadah," selamba Tif membalas.

"Bukan dia pakcik kau jugak ke?" Reza makin berdebar.

"Atuk aku kan bodoh. Menantu sendiri pon dia jerat," Tif.

"Habis tu, kau pergi Thailand ni bawak barang tu jugak ke?" Reza.

"Apa kau ni. Family aku mana join drug. Dah la. Aku kena gerak ni. Kunci rumah spare ada kat laci dapur. Pukul 7 aku balik amik kau gi bar," Tif mengambil jaket dan beg. Lalu keluar meninggalkan Reza di rumahnya sendirian.

***

Banyak kali Hazar cuba menelefon Tif. Tetapi satu pon tidak diangkat. Hampir sebulan Tif mendiamkan diri.

"Kau call siapa?" Soal Dean.

"Ada la," Hazar melabuhkan punggung ditilam. Masih cuba mendail nombor yang sama.

Telefon yang dipegang Hazar dirampas Dean.

Nama Tif perpampang.

"Risau betul kau kat dia," perli Dean.

"Mana ada. Aku nak suruh dia hantar barang aku tertinggal kat rumah dia," balas Hazar.

"Ouhh dia dah bawak kau balik rumah la ni," perli Dean lagi.

"Ehh bukan. Maksud akuu....," Hazar mati ayat.
"Takde apa laa," Hazar membaringkan badan. Memandang syiling. Lalu termenung.

"Kau nak aku hantar kau gi rumah dia ke? Amik barang tu?" Soal Dean lembut. Rambut Hazar dibelai. Sangat rindu dengan situasi ini.

"Takpe lah," Hazar melelapkan mata.

Sebenarnya, tiada barang pon yang tertinggal. Dia cuma tertanya kenapa Tif tiba-tiba senyap. Dulu, setiap saat dia akan tanya Hazar dimana. Tak mungkin mama Tif tak bagitahu yang mummy Hazar balik Norway. Ibu mereka sangat rapat kot.

Ataupon, masa ini Hazar rindukan Tif.

Stupid TraditionWhere stories live. Discover now