LEHER ku dirangkul dari belakang oleh seseorang. Dalam hati rasa nak caci maki sahaja insan yang telah menghancurkan awning aku tapi mengenangkan dosa yang terlalu banyak mengalir dalam diri ini membuat aku tersedar.
"Kau punya perangai tak boleh elok lagi ke?"
"Halamak Aish, rilek ahh. Aku main-main je!"
"Main-main lah sangat. Kau nak aku rosakkan awning kau? Nak?" Tangan aku naik berura-ura seperti mahu merosakkan tudungnya. Segera dia melindungi awning nya daripada dihancurkan olehku. "Eh tak nak tak nak!"
"Tahu takut. Lain kali sebelum nak kenakan orang, fikir dua kali."
"Yelah Aish," keningnya terjongket sedikit setelah melihat sesuatu di belakang aku. "Kau dah kenapa buat muka macam tu? Nampak hantu ke?"
"Mmmmm──" bahunya aku goncang kuat.
"Kau nak cakap apa ni, Intan? Ada mulut, cakap jelah!"
"M-mana beg kau, Aish?" Buat seketika, dunia terasa seakan berhenti. Aku melihat kerusi yang menjadi tempat berlabuhnya punggung seorang aku. Lantas, mataku membulat besar.
"UWAAA MACAM MANA NI INTANNN?" Tangan diletakkan memegang kepala yang seakan mahu pecah memikirkan masalah ini. Macam mana aku boleh cuai sangat sampai tertinggal beg ni? Arghh mampus aku!
"Kau kenapa ni, Aish? Dah serupa babun je aku tengok," gurau Aiman.
"Don't talk to me!" Bahunya aku tolak menyebabkan punggung nya selamat mencium lantai kelas yang agak berpasir. Hanya ada satu arah tuju aku tika ini, pagar sekolah! Malangnya, pagar sekolah yang aku harapkan ia masih terbuka sudah tertutup. Pak cik guard yang simpati dengan keadaan aku menghadiahkan potato chips nya yang aku pasti sudah habis dimakan. Bagi menunjukkan betapa hargainya aku terhadap pemberiannya, sisa-sisa nya itu aku makan. Huhuhu. Apa hal lah sadis sangat hidup aku ni (╥﹏╥)
"Aish!" Wajah diangkat melihat sang pemanggil. Serta-merta mataku terus bersinar.
"Eh abang-abang ku yang tidak disayangi!" Terus wajah Aiden cemberut mengalahkan buah kelapa parut. Eh jap apa kena mengena nya──
"Woi! Termenung pula eh engkau ini!" Tegur Aidan.
"Hehehe sorry lah, Den, Dan..."
"Nah ambil lah cepat beg kau ni! Berat tahu tak?" Beg ku itu dicampak dengan penuh sadis nya kepadaku. Huhuhu apalah salah beg ku ini (っ˘̩╭╮˘̩)っ
"Kau termenung lagi Aish, aku sumpah kau jadi kodok." Amaran daripada Aiden itu segera sahaja mematikan lamunanku.
"Erm maaflah ya semua, kalau nak tahu adik awak semua ni memang suka berangan!"
"Kau ini memang tak reti nak masuk kelas ke? Memang nak kena denda dengan cikgu ke apa engkau ini?" Soal Aidan.
"Eh masya Allah nasib baik kau ingatkan. Aku chau dulu eh? Bye bye!" Aku berlari meninggalkan mereka sendirian.
"Itu adik kau ke, Den? Jumpa dengan kita, tak ada pula nak salam kita."
"Entahlah Dan. Mama silap ambil anak kot." Tercungap-cungap aku mencari nafas sebaik sahaja tiba di pintu hadapan kelas. Nasib baiklah cikgu tak masuk lagi, kalau tak────
"Kalau tak apa, Aish?" Soalan daripada Cikgu Amin itu membuat perut ku semakin kempis akibat terlalu kecut untuk berhadapan dengan guru yang amat garang ini.
"Eh cikgu, kenapa saya tak nampak pun cikgu tadi? Cikgu guna taktik zam zam ala kazam eh sebelum nak masuk ke dalam kelas ini?"
"Mata kamu letak kat lutut ke, Aish? Cikgu yang hensem ni kamu tak nampak? Dah lama dah cikgu masuk, kamu tu je yang baru nak masuk."
"Sorry lah cikgu, saya pergi ambil beg tadi. Tertinggal kat rumah, nasib baik abang-abang saya datang selamatkan. Kalau tak, dah bermandi peluh saya datang ke kelas cikgu..."
"Kamu ini kan. Ada ada sahaja. Sudahlah. Sebelum saya rasa macam nak hadiahkan kamu sebatang penyapu, ada baiknya kalau kamu duduk dahulu di tempat kamu."
Aku tersenyum sumbing. "Ah ya ya, cikgu." Tidak menunggu lama, aku mengambil tempat bersebelahan Intan. Lutfil yang baru perasan tempat duduk nya yang baru dicuri itu segera menghampirku. Tapi aku buat-buat tidak endah sahajalah. Tebal kan muka, pekak kan telinga. Walaupun terang-terang yang aku lah pencuri tempat duduk nya itu.
"Aish, tak baiklah buat Lut macam tu," tegur Intan dalam nada yang berbisik.
"Kau nak back up lelaki ni ke apa?"
"Aku bukannya apa, cuma kesian lah kat dia, ini tempat duduk dia, tidak sepatutnya kau ambil tempat yang dia duduki sebentar tadi..." bibir dicebik. Tidak mahu kalah lah katakan.
"Cuba bayangkan kalau dia dah kentut kat kerusi tu, lepas tu kau pula yang duduk. Tak ke nanti zarah-zarah molekul ekzos yang berwarna hijau itu melekat pula pada pakaian mu?" Setelah menyedari kebenaran itu, mataku membulat lalu terus bangun daripada tempat duduk tersebut. Tidak menunggu lama, aku mengambil tempat di sebelah Rafael memandangkan itu satu-satunya tempat yang aku jangkakan ia kosong, memandangkan sebuah nota telah tertulis 'jangan duduk di sini' di atas meja tersebut.
"Aku duduk sini tak apa kan, Raff?"
"Tak apa, lagipun kalau kau tak duduk sini, mana pula kau mahu duduk? Takkanlah nak duduk atas rak kot." Aku tersenyum kekok. Mana tidaknya, dekat meja yang paling jauh daripada meja guru ini hanya ada aku dan dia sahaja. Kau boleh bayang tak betapa kekok nya duduk dengan someone yang bukan mahram berdua sahaja di sebuah meja makmal yang boleh tahan agak besar?
"Kembali pada apa yang kita pelajar tadi, cikgu mahu kamu dengan pasangan yang duduk di sebelah kamu buat explorace." Rata-rata pelajar kelas 4 Sejahtera ini semuanya mengeluh.
"Dua orang je cikgu?"
"Yelah, kelas kamu bukannya ramai mana."
"Tapi cikgu, saya nak dengan Raff," anak mata Damia tertunak pada jejaka yang duduk bersebelahan denganku sambil matanya silih-berganti melihat aku dengan pandangan yang tajam.
"Ah tak boleh. Kamu duduklah dengan Aiman tu, apa salahnya pun kan? Aiman tu pandai, hensem lak tu." Malu-malu anjing lelaki itu apabila dipuji oleh Cikgu Amin. Betullah apa yang cikgu tu cakap, Aiman kalau kau tengok sekali tak ada lah hensem mana. Tapi kalau kau tengok dua tiga kali, kau akan nampak yang dia dalam diam hensem juga sebenarnya. Cuma terlindung di sebalik rambut dan kaca matanya yang agak nerd itu. Kalaulah dia pandai bergaya seperti Thariq...
"Euw, Aiman? Ini cikgu kata hensem? Euw, such a low taste!" Wah dengan penuh bongkak nya dia menghina jejaka itu di hadapan kelas. Dengan nada suaranya yang agak kuat itu, nampak sangatlah yang dia itu mahu memalukan lelaki itu sahaja!
DUM! Meja makmal itu dihentak kuat oleh seseorang. Lantas, kami semua menoleh melihat gerangan yang melakukan perkara itu.
"Kau itu, sudah cukup cantik ke mahu menghina Aiman?" Suaranya yang garau itu membuat semua murid di situ diam tidak bersuara.
"Aku tanya kau ni, kau itu sudah cukup cantik ke mahu menghina Aiman?!" Kali ini, nada suaranya ditinggikan. Rafael memandang tepat anak mata Damia yang sudah mula berubah arah itu.
"M-maafkan saya, Rafael..."
Bibirnya berdecit sinis. "Kalau sudah tahu wajah itu tidak rupawan, tidak perlulah engkau merendahkan orang lain. Mungkin kau tidak lihat di mana kacak dia, tapi aku boleh katakan yang dia juga punya wajah yang agak tampan," Aiman yang memdengar pernyataan itu mula bersinar matanya. Sukalah tu apabila dipuji oleh manusia paling hensem di sekolah.
"Minta maaf pada aku pula dah kenapa? Minta lah maaf pada pasangan di sebelah engkau itu, Aiman Khalish yang engkau katakan hodoh sebentar tadi."
"Minta maaf, Eman."
"Ya, aku maafkan." Damia kembali duduk di tempat nya. Terus tidak bersuara gadis itu setelah di 'sound' oleh Rafael. MuAhAhAhA pAdAn MuKa.
"Baguslah sesi hina penghinaan ini tamat juga akhirnya. Kembali pada topik yang asal, jangan lupa ya semua datangkan idea-idea bernas kamu untuk explorace kali ini."
"Baiklah, cikgu!"
"Okeylah, kelas bersurai." Setelah itu, semua mula menyiapkan diri masing-masing untuk keluar berehat daripada kelas yang memenatkan. Aku turut mahu keluar, namun setelah menge 'check' dompet yang ternyata hanya punya dedaun kering, aku batalkan sahaja niat tersebut.
"Tak pergi makan ke, Aish?" Soal Uwais yang berjalan melintasiku.
"Tak apa lah, nak diet hehehe."
"Nak diet apa lagi? Bukannya kau gemuk macam Sumo pun," kata Aqil pula. Nasiblah dia tidak samakan badan aku dengan Sumo, kalau tak ada juga yang makan penumbuk aku kang.
"Kalau macam tu kitaorang makan dulu eh? Perut Aqil dari tadi tidak berhenti berbunyi," Lutfil menunjuk ke arah Aqil yang tampak seperti excited mahu keluar rehat.
"Wah wah wah suka hati je tuduh akuuu! Tu mesti bunyi perut kau kann?"
"Blehblehbleh whatever lah," mereka menyambung pergaduhan walaupun setelah keluar dari kelas. Kelibat mereka aku lihat daripada jauh. Perut yang tadi berbunyi aku pegang. Itu mesti perut aku tu yang Lutfil maksudkan tu.
"Aish, kau tak makan ke?" Soal Rafael. Eh aku fikir dia sudah keluar dengan ahli Ultra yang lain?
"Tak, diet." Sebuah senyuman aku ukirkan semampu yang boleh.
"Kau nak tipu aku buat apa, cakap jelah yang kau tak ada duit." Kelihatan dia sedang mengeluarkan sesuatu dari beg nya.
"Macam mana kau tahu?"
"Tengok muka pun dah tahu." Aku mencebik. Nampak sangat ke muka orang yang dilanda kelaparan ni?
"Nah." Sepeket biskut Tiger dan sekotak air susu Dutch Lady perisa coklat dihulurkan kepadaku. "Makanlah."
"Ehh dah kenapa kau bagi aku ni? Kau pula macam mana?"
"Aku tak apa, aku boleh diet."
"Ah tak ada tak ada. Kau kena makan sekali dengan aku. Biskut ni pun banyak, aku takut tak habis je nanti."
"Hmm yelah yelah." Tidak mahu mendengar aku membebel, dia terus mengambil sekeping biskut Tiger lalu dicicah ke dalam susu coklat tersebut.
"Haa nampak tu? Kau lapar senanya..."