"Setiap pertemuan
membawa perpisahan,
Ikatlah dia maka tiadalah perpisahan"________________________
DILAN MIKAEL tersenyum sumbing sambil matanya tidak lekang dari screen handphone miliknya. Setiap pesanan suara dan teks dari isterinya didengar dan dibaca.Kalau dulu mungkin dia berfikir, dia seorang sahaja yang angau tetapi rupa-rupanya tidak. kerana Reena juga angau seperti dia. Malah, sejak kejadian lepas hubungan mereka bertambah erat dan mesra. Tambah lagi, dengan kehadiran bayi kembar mereka.
Telefon pintar miliknya ditutup lalu diletakkan di atas meja. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
Dia sekarang tengah berada di Australia. Dan memang setiap hari, dia akan menerima pesanan suara daripada perempuan yang bernama Sereena Arrysa.
Perempuan yang mengetuk pintu hatinya buat kali kedua dan perempuan yang pernah menolak lamarannya sebanyak 2 kali.
"Amboi jauh menung tu. Senyum pula sampai ke telinga. Reena pregnant lagi ke?" Adrian melabuhkan duduk di depan Dilan.
Dilan menggeleng kecil. Dah masak sangat dengan gurauan Adrian.
"Come on lah Ad. Anak aku yang 2 orang tu baru je 5 bulan, berjalan pun belum." Ujar Dilan. Air kopi yang masih berasap dihirup perlahan.
Sambil itu, pandangannya dibuang ke arah langit. Cantik betul pemandangan di situ.
"Ye aku tahu, tapi kalau dah rezeki takkan nak tolak kan? Lagipun, bagus sebenarnya kau jangan suruh Reena tu selalu makan pil perancang." Ujar Adrian serius. Dilan mengalihkan pandangannya ke arah Adrian.
"Kenapa pula? Bukannya beracun pun."
"Indeed. It's not poisonous. Tetapi, kalau dah selalu sangat merancang takut nanti terus tak dapat lekat." Ujar Adrian.
"Ye ke? Kau ni jangan main-main. "
"Aku tak main-mainlah, benda serius ni. Sebab dekat kampung nenek aku dah pernah berlaku kes macam ni.
Nak makan pil tu boleh, tapi jangan lah sampai bertahun-tahun nak kena makan." Ujar Adrian.
"Tapi kau jangan risau lah Dilan, sebab aku sendiri pernah dengar dari mulut adik aku tu, yang dia takkan merancang terlalu lama..." Sambung Adrian lagi. Lega Dilan mendengarnya.
"Lupa kan pasal pil perancang. Ni Ayura dengan Rayhan kau tahu tak?" Soal Dilan. Adrian mensisip perlahan nescafe panas sebelum menggeleng perlahan.
"Kenapa dengan diorang?" Soal Adrian. Dilan tepuk dahi.
"Mereka dua tu nak kahwin."
"Kau biar betul."
"Eh betul lah, kalau tak percaya tanyalah bini kau." Ujar Dilan. Baru sahaja dia hendak bercakap lagi, lagu kisah cinta kita nyanyian Hafiz suip berkumandang. Skrin telefonnya ditilik.
Sayang❤
Secara spontan, Dilan mengangkat punggung meninggalkan Adrian sendirian. Adrian hanya menggeleng kepala. Kalau Dilan dah mengangkat punggung tu, maksudnya Sereena Arrysa lah yang dalam talian.
"Hello sayangggg... "
"Abang!"
"Sayang rindu abanglah ni, sebab tu excited semacam. "
"Rindula, abang tu husband sayang. Abang dah makan?"
YOU ARE READING
👑Mr Pilot vs Miss Diva💋[COMPLETED]
RandomSeorang digilai ramai, Seorang lagi jual mahal Seorang di Utara, seorang di Selatan Segalanya bermula apabila si Miss Diva pulang ke negeri kelahirannya setelah menamatkan pengajian Fashion Design di Milan, Italy. Tujuan kepulangannya kali ini ada...