______
Setelah seminggu berita kehilangan Rinjin dan Rujin, kampung halaman itu kembali seperti biasa. Seakan kampung mereka tidak ada apa yang berlaku.
Jinran dan empat ahli keluarganya yang lain masih berduka dengan kehilangan adik kembarnya. Dia juga terkilan dengan sikap orang kampung yang menganggap kejadian itu benda biasa.
Dia juga sudah lama tidak melihat Daniel. Selalunya setiap petang, Daniel akan datang bermain bersama dengannya atau menemani dirinya bercerita tentang kehidupannya.
Tapi selepas berita adiknya hilang tanpa jejak, bayangan Daniel seperti ditelan bumi. Langsung tidak berbunyi khabar. Ingin dia pergi ke rumah lelaki itu, tapi tidak dia tahu mana letaknya rumah Daniel.
"Daniel... mana awak? Saya ada cerita sedih nak dikongsi dan saya perlukan pertolongan awak." kata Jinran.
"Saya dengar orang tu sebut-sebut nama saya. Ada yang boleh saya bantu, adik manis." tegur seseorang dari belakangnya.
"Omo! Daniel mana awak pergi?" terkejut Jinran. Kakinya laju melangkah ke arah Daniel lalu lengan lelaki itu dipeluknya.
'Saya kembali sebab nak cari yang baru.'
to be continue
━━━━━━━━━
YOU ARE READING
The Smiling Man || 𝙟𝙝𝙨 ✓
Short Story❛ You're mine. ❜ Gadis bernama Jinran, berwatak manis nan sopan keliru akan apa yang dia lalui setelah datang ke kampung baru. Lebih lagi bila dirinya bertemu dan berteman baik dengan satu pemuda yang dikenali sebagai Daniel Jung. Agak-agak apa yang...