Bab 26

364 9 0
                                    

BAB 26

Biarpun malam semakin tua, Amar masih segar mengadap skrin komputer riba miliknya. Tangannya semakin lama semakin ligat menari-nari menekan butang kekunci yang tersusun rapi di atas komputer ribanya. Sudah menjadi asam garam seorang penulis blog, malam-malamnya pasti diisi dengan mengemaskini blog dengan terbitan terbaharu. Walaupun Amar sibuk dengan pengajiannya, ianya tidak menjadi halangan untuknya terus aktif dalam bidang penulisan. Tidak hairanlah namanya semakin sinonim dengan pembaca di Malaysia.

Topik yang menjadi tarikan utama dalam terbitannya kali ini ialah "Genofobia". Sejenis fobia yang menghantui segelintir individu di seluruh dunia. Secara definisinya Genofobia merupakan ketakutan fizikal dan psikologi terhadap hubungan seksual. Jadi secara tidak langsung penghidap penyakit ini sudah pasti pernah mengalami perisitiwa hitam dalam hidup mereka seperti dirogol, diliwat dan sebagainya. Amar turut tidak terkecuali menjadi salah seorang penghidap penyakit psikologi ini.

Tragedi 3 tahun lalu tidak pernah hilang dari ingatannya walaupun sedetik. Kesakitan dan penderitaan yang dihadapi hanya ditanggung sendiri. Semuanya disebabkan oleh kekejaman Farish dan seniornya yang sanggup meliwatnya tanpa menghiraukan kesakitan yang dirasai atas alasan Amar tidak mahu membalas cinta Farish. Jika dikenang peristiwa itu, Amar masih boleh merasai bertapa ngilu dan pedihnya alur dubur yang dirodok dengan nafsu.

Kehidupan golongan yang senasib Amar selalu menjadi tempat untuk lelaki bernafsu kuda melepaskan nafsu seraka. Ada kala Amar kecewa mengapa wujudnya naluri sebegitu. Mungkin benar kata orang, kehidupan homoseksual ini hanya berlandaskan nafsu semata-mata. Tetapi mengapa Amar harus menjadi sebahagian daripada golongan ini? Dan mengapa dia yang perlu terseksa menahan kesakitan daripada hubungan seksual itu?

Tidak dapat dinafikan Amar juga seorang lelaki, pasti ada juga nafsu terhadap kaum sejenis sama seperti golongan senasibnya. Namun, membuatkan pasangan menderita melalui hubungan seks adalah tidak wajar sama sekali. Kata orang seks itu tanda kasih sayang antara pasangan jadi mengapa harus menyakiti pasangan? Bukan hanya dalam golongan homoseksual malah dalam hubungan heteroseksual juga tidak terkecuali. Amar berasa sungguh teruja mengetengahkan topik yang baginya sangat berguna untuk pengetahuan umum.

Sementara itu, jiwa Amar dibelenggu dengan anasir lain. Hubungan seksual? Kata-kata Hafiz kepadanya sebelum ini membuatkan jiwanya sedikit gementar.

"Pagi ni abang lepaskan Am, tapi malam ni Am milik abang. Faham!" bisik Hafiz dengan nada tegas tetapi tetap menggoda.

Adakah malam yang dimaksudkan itu adalah malam ini? Adakah Hafiz akan memperlakukan dirinya seperti mana Farish lakukan padanya 3 tahun lalu? Adakah ini cara untuk Amar buktikan cintanya kepada Hafiz? Mampukah dia menahan kesakitan semasa hubungan seksual? Bagaimana pula dengan prinsipnya? Serabut kepala Amar dengan soalan-soalan yang belum pasti jawapannya. Jantungnya berdegup kencang apabila memikirkan perkara itu

Pada awalnya Amar tidak mahu hubungannya dengan Hafiz dicemari dengan perkara kotor tersebut tetapi Amar tidak mampu membohongi nafsunya dari terus tertarik pada Hafiz. Mungkin bunyinya tidak masuk akal hubungan sejenis tanpa seks tetapi Amar tetap berkeras untuk mengekalkan kesucian hubungan mereka berdua. Tetapi mampukah dia? Baginya Hafiz cukup menggoda dan memenuhi citarasanya, dari tubuh hingga kepada layanan Hafiz. Semuanya menjadi igauannya.

"Tuk tuk!" bunyi pintu bilik diketuk. Tersentak Amar dari lamunannya, kecut perutnya mengenang siapa yang mengetuk pintu biliknya pada lewat malam ini. Belum sempat Amar bangun dari tempat duduknya, pintu itu dibuka seseorang. Kelihatan kelibat Hafiz tidak berbaju disebalik pintu itu.

"Am tak tidur lagi?" soal Hafiz sambil berjalan menghampiri Amar. Amar hanya mengangguk kepala kerana lidahnya sudah mati di sebalik bibirnya.

"Update blog ke?" soal Hafiz lagi. Bahu Amar diusapnya penuh kasih sayang sambil melihat skrin komputer riba yang masih terbuka.

BUKAN UNTUK AMAR (Completed)Where stories live. Discover now