LOVE 25

51 2 5
                                    

"Ish kau ni, terkejut aku," Rungut Rayyan apabila melihat Iqram yang setia berdiri di belakangnya.

"Ray, kau kena pergi pejabat sekarang, ade masalah besar kat pejabat," Ujar Iqram tanpa berlengah.

"Apa lagi," Rayyan dan Iqram bergegas ke kereta dan terus bertolak ke Kuala Lumpur.

Syarikatnya yang baru sahaja ingin membangun memang memerlukan perhatian yang lebih.

"Masalah apa pulak kali ni?" Tanya Rayyan.

"Aku tak pasti, tapi tadi Kak Zulin call aku bagitahu, ada masalah dengan kewangan." Terang Iqram.

"Iq, kau tak rasa ke dalam syarikat kita, ada benda yang tak kena?" Rayyan kuat merasakan bahawa ada seseorang yang berada dalam syarikat itu ingin menjatuhkan dirinya.

"Aku ingatkan kau tak perasan," Ujar Iqram. Dia sudah lama menyedari hal itu. Terutama dengan budak yang sorang itu.

"Aku rasa, orang yang kau rasa, sama dengan orang yang aku rasa," Kata Rayyan.

"Mikhail!" Kata Rayyan dan Iqram serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri. Benar tekaan mereka.

Sejak hari pertama Mikhail mula berkerja iaitu pada 2 tahun lepas, macam-macam perkara yang telah berlaku. Antaranya penyelewengan wang.

"Takpe, nanti aku suruh anak buah aku siasat tentang dia." Iqram menawarkan diri.

Rayyan mengangguk. Pandangannya kembali menghadap ke jalan raya.

Kring. Kring. Telefon Rayyan berbunyi mematikan lamunannya.

Vodka. Nama itu tertera di skrin telefon miliknya.

"Yan, ada maklumat terbaru." Kata Vodka di hujung talian.

"Apa?" Soal Rayyan tegas.

"Gina. Nama sebenarnya ialah Azwani. Berasal dari Terengganu. Aku dah hantar gambar dia dekat wasap. Aku rasa kau kenal dia." Jelas Vodka atau nama sebenarnya Arman Leo. Berketurun cina muallaf.

"Okey, terima kasih Vodka. Ada maklumat bari roger." Panggilan ditutup.

Wasap dibuka. Ada 3 gambar yang dihantar oleh Vodka dibuka satu persatu.

Berkerut seribu muka Rayyan apabila melihat gambar itu. Wanita bertudung yang tersenyum manis di dalam gambar itu seolah pernah dilihatnya sebelum ini. Tapi di mana.

'Azwani..,' nama itu disebut berulang kali di dalam hatinya.

Dia yakin dan sangat-sangat yakin bahawa dia pernah bertemu perempuan itu sebelum ini.

********

"Suya, kau betul ke ni balik sebulan?" Ifah meminta kepastian daripada Suria.

Suria mengangguk dan memasukkan bagasinya ke dalam bonet kereta.

"Kau okey kan tinggal ngan Linda?" Suria bertanya kepada Ifah. Tidak mahu kawannya itu merasa tidak selesa.

"Aku okey jer, Linda pun baik dengan aku," Ifah meletakkan tangannya di atas bahu Linda memandangkan dia jauh lebih tinggi daripada merka berdua.

Linda mengangguk setuju.

"Huh! Lega aku kalau macam tu," Suria menuju ke arah Ifah dan Linda untuk meminta izin pulang.

"Jaga rumah elok-elok. Ada apa-apa terus bagitahu aku ye," Pesan Suria sebelum bersalaman dan memeluk dua orang kawannya itu.

"Ye, kau hati-hati bawa kereta, jangan lupa berhenti makan," Linda memperingati.

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang