•Bab 26

353 27 0
                                    

Alisa menyapa Ecah yang sedang menunggu di kerusi di hadapan kedainya. Awalnya minah ni datang ambil aku? Bahu Ecah ditepuknya perlahan. Ecah menoleh memandangnya.

"Hah Lisa? Kau dah habis shif ke?"

"Dah. Hari ni awal kau datang? Dari tadi lagi aku tengok kau dah terpacak depan sini?" Lebih kurang dalam dua puluh minit jugaklah Ecah tunggu dia untuk habis shif. Selalunya dia akan datang dalam lima minit sebelum shif aku habis.

"Sajalah aku nak datang awal lepas kau terjumpa dengan mamat tu. Ni pun tadi aku terjumpa dengan dia. Dia tengah menghendap kau tadi. Aku terus halau dia lah. Mula tu dia tak nak pergi tapi bila aku ugut dia pakai polis, barulah dia pergi. Haih! Aku tak pernah jumpa tau dengan mamat psiko macam dia tu!"

"Abaikan jelah dia tu. Dia tu memang dari dulu lagi perangai macam tu. Entahlah makan apa. Jomlah balik. Badan aku dah penat sangat ni."

"Yelah, jom. By the way kau dah makan ke belum?" Ecah bertanya sambil mereka berdua menuju ke kereta.

"Belum lagi."

"Eloklah. Dekat rumah tu ada nasi tapi lauk tunjuk jelah. Hehehe..."

"Agak dah."

"Kau fahamlah hahaha...aku bukannya pandai masak pun."

"Samalah dengan aku." Setakat masak biasa-biasa bolehlah. Nak masak pro macam chef memang tidaklah.









"HANAN!" Hanan dan Fatimah berhenti melangkah. Dengar macam ada orang panggil aku tadi? Dia menoleh ke belakang. Ada lelaki yang sedang menghampirinya. Keluhan besarnya dilepaskan. Orang tu Haider.

"Ya? Ada apa ya Encik Haider?" Hanan dah buat muka malas.

"Errr...tak ada apa. Saja-saja panggil."

"Pulak? Kalau macam tu tak apalah. Saya dengan Fatimah pergi dulu."

"Eh! Kejap! Kejap!" Hanan tak menjadi langkah pergi. Dia kembali memandang Haider.

"Ada apa ye? Saya ni nak kena masuk kerja. Bukan suka-suka berjalan dekat sini." Senyuman paksanya ditayang.

"Boleh tak aku nak cakap dengan kau kejap?"

"Nak cakap apa lagi eh? Rasanya tiga hari lepas pun awak nak cakap dengan saya tapi awak tak cakap apa-apa pun. Bazir masa saya je."

"Tak...ini pasal Alisa." Sengaja cari topik.

"Ada apa dengan Lisa?"

"Lisa macam mana?"

"Aikkk? Kenapa tiba-tiba nak tahu pasal ni? Kan saya dah cakap dekat awak yang Lisa ok je. Lagipun takkanlah kawan awak tak bagitahu apa-apa pasal Lisa kan? Plus, awak orang Malaysia. Takkan tak jumpa dengan Lisa?"

Fatimah meminta diri untuk masuk ke pejabat manakala Hannan masih lagi berdepan dengan Haider.

"Macam nilah Haider. Saya tahu awak panggil saya ni bukannya sebab nak tanya pasal Lisa pun kan? Awak cakap je apa yang awak nak sebenarnya? Sekarang ni Fatimah tak ada. Awak boleh terus-terang dengan saya."

"Errr...macam mana eh nak cakap?"

"Macam tulah. Cakap jelah."

"Kau marahkan aku lagi ke?"

"Atas sebab?"

"Yelah apa yang dah pernah jadi dekat Lisa? Saya kan terlibat sama malam tu."

"Kan saya dah cakap benda tu dah lepas? Setahun dah pun. Tak ada apa lagi. Benda tu kalau awak nak mintak maaf, mintak maaf dekat Lisa. Bukannya saya. Awak tak ada apa-apa salah pun dengan saya. Ok?"

Adara AlisaWhere stories live. Discover now