YDKM 4

36 2 0
                                    

  Lisa pov...


  Aku melangkah masuk ke dalam rumah agam yang besar. Huh penat. Hai aku Lisa. Mesti readers semua nak tahu pasal aku kan? Okay let me introduce myself. Nama aku Lisa Zalikha binti Tengku Qusyairi. Hah. Anak ketua kongsi gelap. Ceh. Aku tak bangga pun. Hari-hari kalau papa bawak aku pegi dia punya tempat tersorok dia tu, aku boleh dengar orang jerit mintak tolong and I cannot do anything to help. Ingat aku suka ke papa bunuh bunuh orang? tak suka pun. Aku pernah bunuh orang. Sebab dia buli aku. Tu je. Kalau dia tak kacau aku, aku takkan bunuh dia. 


  Okay la. Umur aku 17 tahun. Walaupun aku ni anak ketua mafia, cita-cita aku bukan lah untuk jadi sebahagian dari diorang jugak. Ya. My mom pun terlibat. I know. Aku tak boleh buat ape-ape. Diorang sebuk dengan kerja jahat diorang tu. Kadang-kadang aku rasa terabai. Aku anak tunggal. Hm. Memang lagi lonely ah cite dia. Boyfriend? Tak apa la. Tak perlu. Kalau papa tau, kena bunuh je. Sia-sia je couple. Entah la. Aku prefer single je. Senang. Nak flirt dengan orang pun tak ada orang marah. Cehh. Aku memang dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya and mafia. Kaya tapi duit haram. Entah la. 


  Aku tak ada kawan rapat. Sebab tu aku memang lonely je setiap kali balik rumah. Sebab tu bila aku kenal Aisyah aku rasa happy gila. 


  "Aizat, dah check dh number yang saya bagi tadi?" soal aku setelah aku melihat Aizat. Dia ni kiranya macam bodyguard aku jugak la. 


  "Dah tuan muda. Saya dah check dan memang nama yang tuan muda bagi tu selari dengan nama pendaftar nombor telefon tu" balas Aizat.  Aku mengangguk tnda faham. Aku yakin Aisyah baik orangnya.


  Aku melangkah masuk ke dalam bilik. Badan aku hempaskan ke atas katil. Jam sempat aku lihat sebelum aku membuat keputusan untuk menghantarkan pesanan kepada Aisyah. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa selesa dengan Aisyah. Walaupun baru sehari ni aku kenal dia.


Skip...


  Beberapa jam selepas itu... 

  Aliya pov...


  Aku menuju ke arah alamat yang diberikan oleh Lisa tadi. Loceng rumahnya aku tekan. Tidak lama selepas itu pagar rumahnya terbuka secara automatik. Aku sudah siap sedia dengan alat komunikasi seperti yang aku pakai di sekolah tadi supaya Tuan K dan ejen-ejen yang lain dapat mendengar perbualan kami dan dapat memberikan bantuan jika sesuatu yang tak diingini terjadi.


  Aku melangkah masuk ke dalam rumah agam yang mewah itu.  Jelas kelihatan lebih kurang 5 orang bodyguard yang berada di luar rumah. Maai. Ni baru kat luar rumah. Belum lagi yang kat dalam tuh. Lisa menyambut aku di pintu rumahnya. Aku hanya melemparkan senyuman kepadanya. 


  "Hey. Jom masuk. Jangan malu-malu" kata Lisa sambil menarik tangan aku untuk masuk ke dalam rumah. Kami berjalan masuk. Woahh. Besar betul rumah. Hiasan-hiasan rumah yang sudah tentu mahal harganya menghiasa segenap penjuru rumah agam itu. Kaya betul family ketua group Ars ni. Kaya hasil 'kerja' diorang ah. Ceh. 


  "Awak tolong buatkan air and bawakkan sikit kueh tauu. Terima kasih." Kata Lisa ke arah seorang perempuan yang sedang berdiri di sebelah sofa ruang tamunya. Maid la tuh. Pergh. Ni tv ke wayang siak. Besar nak mamp- ah dia punya tv. Ni bole jadi screen padang bola la dohh. HAHAHAHAH sorry author beria sikit. Hoho. 


  Kami duduk di sofa yang terdapat di ruang tamu. Mata aku tak lepas daripada memerhatikan segenap penjuru rumahnya. Besar dan mewah. Kawasan rumah dia ni agak jauh daripada jiran-jiran yang lain. Agak susah untuk team ejen aku untuk datang dekat ke kawasan rumah dia ni. Banyak yang memerhati. Strategik ketua group Ars ni boleh tahan jugak. Tahu nak cari port nak buat rumah eh. Masa Tuan K dapat alamat rumah tu, Tuan K macam terkejut sebab macam susah untuk team ejen ni memerhati dapat jarak yang dekat. Sekarang ni terserah dekat aku je sebab aku memang amik risiko yang besar untuk ni.


  "Besar betul eh kau punya rumah. Your parents business ape eh? Kaya betul. Hehe" kata aku untuk memecahkan suasana. Awkward plus sunyi. Seram la vibe macam nih.


  "Oh personal business je. Tak ada la mewah mana pun. Oh ya. By the way, my parents tak ada la hari ni. Diorang busy kerja lagi. Entah la bila je diorang nak free. Kadang-kadang aku rasa macam terabai pun ada. Jeles dengan parents orang lain yang ada masa sekali. Pergi bercuti sama-sama." Luah Lisa. Aku dah agak dah. Dia ni bukan la orang jahat pun. Parents dia je yang problem sikit. Kesian jugak la. Tapi lega sebab ketua geng Ars tak ada. Huh thank god.


  "It's okay. Sekarang ni kita happy-happy je. Aku tak nak kau sedih. Apa guna aku datang sini kalau nak sedih-sedih. Haaa. So you plan nak buat ape?" Aku cuba mengubah topik. Kesian la pulak. Better aku ubah topik dulu.


  "Erm. Kita tengok movie nak?" Soal Lisa.


  "Oh. Lama dah aku tak tengok movie. Nice jugak tuh." aku tersenyum sambil memandang Lisa. Setuju dengan idea dia kali ni. Huh. Kerja ejen ni kadang ambik kesempatan jugak eh. Lisa serta merta mengambil remote tv nya dan mula membuka 'Nexflix'. Dia memilih satu cerita yang aku tak pernah tahu kewujudannya. 


  "Cerita apa tu?" Soal aku hairan. Tanpa memandang aku, Lisa menjawab.


  "Oh cerita 'You Don't Know Me'. " ehhh korang jangan search pulak. Author letak je nama cerita. Hahahahahaa. 


  "Cerita ni pasal apa?" soal aku ingin tahu. Kalau pasal cinta-cinta ni aku tak minat la.


  "Pasal ada sorang ejen ni, ditugaskan untuk memerhatikan anak kepada salah seorang geng mafia terbesar di negara diorang. Aku tak pernah tengok lagi. Tapi macam menarik je." balas Lisa. Aku terasa seperti sukar untuk menelan air liur. Perghhh. Dia ni main-main ke atau memang jalan cerita tu macam tuh? Bahaya ni.


  Lama kami berdiam akhirnya datang maid tadi sambil membawa dulang yang berisi air dan kuih. Kami memang menghabiskan masa tengok movie yang dipilih Lisa tadi. Betul la. Memang cerita ni tentang ejen and mafia. Gila la. Relate doh. Ceh.


To Be Continue...

Sorry korang. Author tak selalu update cerita ni. 2 hari ni busy sikit. Hoho. By the way jangan lupa vote and comment tauuu. Luv you guys<3

You Don't Know MeWhere stories live. Discover now