Bab 2
Ana pergi ke pasaraya terlebih dahulu sebelum pergi ke kondominium milik Ikhmar. Dia membeli barang yang patut untuk dimakan oleh orang yang sakit. Malas pula dia hendak menjalankan tugas yang satu ni. Menjaga orang yang sakit. Tak pernah-pernah ditulis di dalam senarai tugas seorang kerani akauntan. Tapi ini arahan Dato’ Danny, dia nak tolak macamana. Terpaksa akur sajalah.
Selepas membeli barang, dia memandu menuju ke destinasi dengan perasaan yang bercampur-baur. Nak gembirakah atau nak sedih? Ana pun tak tahu apa perasaannya ketika itu. Debaran jantung semakin rancak melihat gate kondo itu. Dia berjumpa dengan pengawal keselamatan yang bertugas ketika itu untuk meminta kebenaran masuk. Setelah pengawal keselamatan yang bernama Hamid itu menelefon penghuni kondo yang ingin dituju, Ana dibenarkan masuk.
Ana berdiri betul-betul depan pintu kondo Ikhmar. Belum sempat nak tekan loceng pintu, pintu dibuka mengejutkan Ana. Ana tergamam seketika. Pemuda yang berusia tiga puluhan di hadapannya agak kusut masai rambutnya. Memakai baju tebal dan merenung ke arah Ana. Mata saling bertentangan. Degupan jantung Ana semakin laju. Takut pun ada.
“Awak tak nak masuk ke atau awak nak berdiri kat situ saja?” sapa Ikhmar menghentikan lamunan Ana.
“Apa dia?” Sapaan pertama Ikhmar tidak didengarinya. Khayalan menjelma seketika tadi. Ish! Malunya aku, bisik Ana dalam hati.
“Masuklah. Yang kau tercegat kat muka pintu tu buat apa?” kata Ikhmar terdengar lagi. Berangan!“Ops… sorry.” Ana melangkah masuk ke dalam rumah itu. Dia terpegun melihat keadaan rumah itu yang bersih dan kemas. Rasa macam tak percaya rumah orang bujang sekemas itu. Suasana rumah yang mendamaikan walaupun berhampiran dengan bandar.
“Hei, perempuan. Bapak aku ke yang arahkan kau untuk melawat aku ni?” Perkataan yang keluar dari mulut Ikhmar agak kasar. Apabila mempersilakan Ana masuk bukan main cantik ayatnya. ‘Awak’ yang dia guna untuk panggil Ana. Kali ini ‘kau’ pula. Hampeh punya lelaki. Tak hormat langsung. Ana mencari-cari suara itu. Rupa-rupanya Ikhmar sudah terdampar di atas sofa diselubungi selimut tebal pula.
“Ya… Dato’ yang arahkan.” Ana bersuara lembut. Ikhmar berdengus kasar menunjukkan protes. Tidak puas hati dengan tindakan papanya yang melulu. Dia memang tidak puas hati dengan papanya tujuh tahun lamanya. Dan tujuh tahun itu jugalah dia tidak pernah menjenguk papa dan mamanya. Dendam itu masih tersemat dalam lubuk hati. Hati dia tetap keras tidak akan memaafkan tindakan papanya itu.
Melihat Ikhmar memejamkan matanya, Ana menghampiri tubuh Ikhmar yang terbaring kesejukan. Ana meletakkan tapak tangan di dahi Ikhmar untuk merasa suhu badan Ikhmar. Selepas itu, Ana meletakkan belakang tapak tangannya di leher Ikhmar pula. Ikhmar berasa tidak selesa.
“Eh… Apa sentuh-sentuh orang ni? Dah buang tabiat ke?” tegur Ikhmar dengan kasar. Renungan Ikhmar seperti hendak menelan Ana. Ana menelan air liur dan termati kata-kata. Dia cuba untuk kuatkan diri untuk bersuara.
“Awak tak makan ubat ke?”
“Belum.”
“Kenapa pula tak makan ubat. Macam mana nak sihat ni?”
YOU ARE READING
Rahsia JANJI
RomanceTak kenal maka tak cinta.... Pertemuan pertama Ikhmar Dan Ana semasa Dato Danny mengarahkan Ana untuk menjaga Ikhmar yg sakit. Ikhmar Seorang pemuda yg telah membawa diri selama tujuh tahun kembali ke tanahair namun perasaan benci kpd keluarga sen...