Part 3 - Bab VI

39 1 0
                                    

Sekali lagi, Makeda berada di situasi yang sama. Dia dan Adam kini berada di tempat letak kereta. Yang berbeza hanya lokasinya sebelum ini mereka di kawasan hospital dan sekarang mereka di lapangan terbang Sydney, sebentar lagi Makeda akan pulang ke Malaysia. Dia masih ada satu jam sebelum check-in di kaunter. Adam beria untuk menghantar Makeda selepas mendapat tahu Makeda perlu pulang ke Malaysia kurang dari 24 jam.

Malam tadi, Makeda terus menempah tiket paling awal. Makeda bernasib baik masih ada kekosongan. Namun, beberapa jam kemudian Kak Mar memaklumkannya bacaan tekanan darah Walid makin teruk, Walid terpaksa dikejarkan ke kecemasan. Kak Mar terpaksa menyusahkan Izudin kerana Kak Mar sudah bergerak pulang ke rumah Mertuanya. Sekarang, Walid ditahan di wad untuk pemerhatian selanjutnya. Doktor bimbang tekanan darah Walid yang tidak stabil. 

Makeda sebenarnya serba salah meninggalkan Raihan dengan Firdaus kerana Raihan lebih rapat dengan Makeda tetapi  Makeda  juga risau mengingatkan Ibu tinggal bersendirian. Kalau ikutkan, sepatutnya Firdaus yang perlu balik ke Malaysia menjaga Walid dan Ibu. Kerana anak lelaki lebih utama. Namun menurut Kak Mar, Walid inginkan Makeda menjaganya, Makeda pasrah. Dia akan pulang ke Malaysia dan Firdaus akan menjaga Raihan sehingga Raihan pulih. 

Selesai berbincang tentang Walid, Makeda perlu hadap Raihan pula. Raihan yang masih belum faham situasi sekelilingnya. 

"Raihan, kalau Abang Fir jaga Raihan, Raihan ok?" Tanya Firdaus sambil duduk di kerusi sebelah katil Raihan. Makeda membiarkan Firdaus berbual dengan Raihan. Makeda bersandar pada dinding sambil memeluk tubuh. Memerhati dan mendengar perbualan antara dua beradik. 

"kenapa? Malam ini Kakak tak nak jaga Raihan ke?" soalan Firdaus dibalas dengan soalan dari Raihan. Namun soalan tersebut ditujukan pada Makeda. Makeda tidak menjawab dan memandang Firdaus. 

"Kak Eda kena balik Malaysia, jaga Walid. Walid tidak sihat," jawab Firdaus berterus terang. Berubah riak wajah Raihan. Keliru.

"kenapa dengan Walid?" Makeda tidak menjawab hanya memandang Firdaus. Makeda ada berbincang dengan Firdaus sebelum ini, untuk tidak memberitahu keadaan Walid pada Raihan selagi ingatannya tidak pulih. Namun, keadaan Walid bukanlah dalam kawalan mereka. 

"Nanti Abang Fir ceritakan, Kakak kena balik sekarang. Nak kemas beg. Raihan kuat ya. Kakak tunggu Raihan di Malaysia. Semua orang tunggu Raihan balik," pujuk Makeda.

"kalau Raihan masih tak ingat?" tanya Raihan dengan dahi berkerut. Makeda menepuk tangan Raihan dan senyum.

"kita buat memori baru di Malaysia," balas dengan positif. Makeda kemudian mengucapkan selamat tinggal pada Raihan dan Firdaus. Kerana mereka tidak sempat untuk bertemu lagi pada keesokan hari. 

Makeda perlahan mengeluarkan kotak baldu merah jambu dari poket jaketnya. Dia kemudian menghulurkan pada Adam. Adam tersentak melihat kotak baldu merah jambu di tangan Makeda. Adam memandang Makeda mencari makna disebalik matanya. Tiada riak sedih atau gembira di wajah Makeda dan Makeda sekali lagi meminta Adam menerima kota baldu merah jambu tersebut. Adam menghela nafas dengan berat sambil menyambut kotak baldu merah jambu. 

Adam masih ingat sebentuk cincin yang dia pilih untuk Makeda. Adam mengelus kotak baldu merah. Cincin tersebut dibeli sebelum dia ke Malaysia

"is this your answer?" tanya Adam dengan nada kecewa. 

"yes," jawab Makeda tenang tanpa memandang Adam. Lapangan Terbang Sydney sentiasa penuh dengan orang ramai. Makeda ingatkan Adam akan berhenti di bahagian drop-off tetapi Adam memilih untuk berhenti seketika. 

Adam kemudian membuka kotak tersebut untuk melihat isinya. Mungkin untuk kali terakhir sebelum dia membuang. Adam tersentak, kosong. Berkerut dahi Adam mencari cincin yang sepatutnya berada di dalam kotak baldu merah jambu. 

"did you throw it?" tanya Adam keliru. Makeda kemudian mengeluarkan tangan kirinya dan digoyangkan depan Adam sambil tersenyum. Cincin tersebut terletak elok di jari manis Makeda. 

Adam hanya mampu memeluk tubuhnya dan ketawa. Makeda pasti akan menolak sekiranya Adam cuba memeluk Makeda. Makeda sangat menjaga batas. Adam ingat dia ditolak oleh Makeda sekali lagi. Perasaan kecewa tadi kini bertukar lega dan gembira.  Seperti pelangi muncul selepas hujan. 

"sorry, Adam. I have to answer your proposal this way." ujar Makeda dengan rasa bersalah. Adam hanya dapat merenung cincin di jari Makeda. Ingin disentuh pasti dihalang oleh Makeda. Adam tahu prinsip Makeda. 

"I'm glad it fits well on your finger," balas Adam yang masih lagi memandang cincin tersebut. 

"you know, all this things happen so sudden, out of my control. Raihan accident, lost his memory. My father not well and  I did try to find time to tell you about this and  I don't want you wait for long. I guess I only have this time."  Jelas Makeda. Makeda tidak mahu Adam menunggu jawapan terlalu lama. Walaupun Adam tidak memaksa Makeda memberi jawapan, Makeda tahu bahawa seksanya menunggu sesuatu yang tidak pasti. 

Selepas menerima kotak empat segi hari itu, Makeda ada melakukan Istikharah seperti yang disarankan Adam. Selain itu, Makeda juga ada berbincang hati ke hati dengan Kak Mar. Makeda segan nak bertanya pada Ibu. Lagipun, Makeda lebih selesa meluahkan perasaan pada Kak Mar. Seperti yang Kak Mar sarankan, kalau Adam sedia untuk memeluk Islam, terima saja. 

"semudah itu?" tanya Makeda tidak puas hati. 

"habis? Eda nak apa lagi?" tanya Kak Mar balik. Makeda tidak terus jawab. 

"bagaimana kalau dia Islam pada nama sahaja? Eda tak nak jadi pembimbing dia. Eda nak dia yang bimbing Eda. Eda pun masih banyak lagi nak kena belajar," jawab Makeda setelah lama diam. 

"Apa susah, bagitau je la dia," senang Kak Mar memberi solusi. Makeda memandang Kak Mar dengan tidak puas hati. 

"kalau sebelum kahwin, Eda tak boleh bincang semua ini. Nanti dah kahwin, takkan Eda nak bercerai semata Adam tak solat?" tambah Kak Mar sambil menjeling pada Makeda. 

"sebab itulah perlu taaruf, apa yang Eda tak puas hati atau nak tahu pasal dia, tanya terus. Jangan ingat lepas kahwin, semua baik-baik sahaja. Dalam proses taaruf ni lah kita akan tahu, sama ada kita serasi atau tak dengan dia. Bukan ikut perasaan suka kita pada dia sahaja," pujuk Kak Mar sambil menghulurkan telefon pada Makeda. Makeda memandang Kak Mar pelik. 

"tanya Adam!" Makeda teragak-agak untuk melakukannya. 

"cepat la!" arah Kak Mar lagi. 

"nanti la," Makeda mengelak. Dia segan berbalas mesej depan Kak Mar. 

"kalau macam tu, biar Kak Mar yang tanya dia," cepat-cepat Kak Mar ambil telefon milik Makeda tanpa sempat Makeda halang. 

"biar....biar Eda tanya sendiri," balas Makeda dengan teragak-agak sambil menahan Kak Mar. Kak Mar berhenti dari menaip  sambil tersenyum dan mengembalikan telefon milik Makeda. 

"so, next?" suara Adam mematikan lamunan Makeda pada Kak Mar. 

" Saya tak tahu, Adam. Tak boleh fikir," 

"don't worry, let's take one thing at a time, no rush," pujuk Adam positif. 


p/s: Minta maaf pada yang menanti. Harap berpuas hati dengan bab ini. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak pada yang sudi baca. :)




Seribu Tahun Satu KebahagiaanWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu