“Kring kring” jam loceng ku berbunyi dengan nyaring, aku bangun dan menutup jam alarm telefon aku tu, aku terkejut melihat jam sudah menunjukkan pukul 8.25 pagi. Aku sudah terlambat ke sekolah. Aku meloncat dari katil dan terus berlari ke arah bilik air dan mandi bak gajah.
Aku berlari menuju kearah basikal yang aku sandarkan disebelah rumah. Sewaktu di perjalanan aku baru teringat akan kerja sekolah matematik aku belum siapkan. “ Aduh camne aku boleh lupa nak buat kerja sekolah matematik ni dah lah cikgu Oda tu garang gila”. Aku cuma mampu berdoa supaya cikgu matematik tidak hadir hari ini.
Aku sampai dihadapan pagar sekolah sewaktu jam pelajaran pertama tamat.Aku berlari sekencangnya untuk sampai ke kelas sebelum cikgu waktu pelajaran kedua datang. Aku berjaya sampai ke kelas dan duduk ditempatku, tidak berselang lama kemudian...
Cikgu Aira membuka pintu dan berkata “Assalamualaikum semua,jadi hari ini cikgu Oda tidak dapat datang,dia ada masalah sedikit.Ketua pastikan semua orang diam dan tidak main dekat luar kelas okey dan jangan bising - bising. Assalamualaikum.” Cikgu Aira berlalu dengan sebuah senyuman yang manis.
Sebaik sahaja cikgu Aira menghilang dari pandangan, aku dapat melihat beberapa pelajar perempuan yang merupakan kawan Ain mula bangun dan berjalan ke arah belakang kelas dan berkumpul di meja Ain.
“Membawang ahh tu” aku terdengar ketua kelas aku yang dikenali sebagai Alif mengejek mereka.
Aku terdengar salah seorang dari kumpulan itu menganjurkan soalan “wei guys kita cerita hantu nak tak?? jom ahh aku bosan ni.” Dan pelajar tersebut mendapat persetujuan dari teman - temannya. “Okey Ain start dulu pastu giliran aku.”
“ Apasal aku pulak dulu, idea kau kan kau lah cerita dulu.”Bantah Ain dengan sekeras - kerasnya.
“ Okey - okeylah biar aku cerita dulu” ujar shuhada dengar wajah yg mulai serius"Korang tau tak dulu sekolah ni pernah berlaku tragedi yang menakutkan.Tragedi berlaku kerasukan ramai - ramai di malam majlis kebudayaan kat sekolah kita” kata Shuhada dengan penuh semangat.
“ Series ahh kau Shu, meremang bulu roma aku ni…mana kau tahu cerita ni.” tanya kawannya yang berada disebelah iaitu Miera.
“ Haah betul, aku dengar cerita ni dari senior - senior kita dulu sebelum kita masuk sekolah ni ak-.” "Lepas tu ape jadi" kamila tiba-tiba memotong percakapan shuhada."ishh kau ni aku nak ceritalah ni"shuhada membalas dengan wajah yang bengang kerana percakapannya dipotong oleh Kamila."HEHEHE,sorry...sambung-sambung" suasana kembali diam apabila shuhada memulai cerita."kisah dia bermula masa ada satu kumpulan dari Kelab Kebudayaan mempersembahkan tarian Ulek Mayang yang merupakkan tarian tradisional dari negeri Terengganu. Majlis berjalan dengan lancar sehingga tamat lagu tersebut" "Apa yang jadi Shu" tiba-tiba ada suara seorang pelajar lelaki menyampuk cerita shuhada sekali lagi. Semua yang berada disitu terkejut dengan suara tersebut dan terus melihat kearah belakang Shuhada"Sejak bila korang berkumpul dekat sini"ujar Miera dengan suara yang terkejut. " Dari awal shu bercerita"balas Alif yang berada disitu juga.
"Wei apa jadi lepas tu" "haah citer ahh Shu" "oke oke..." Shuhada mengambil nafas yang panjang dan menyambung ceritanya"waktu lagu tu habis ade seorang penari ni masih lagi menari dengan lembut. Pada waktu yang sama juga terdengar sebuah jeritan yang nyaring dari belakang dewan. Beberapa guru cuba menenangkan pelajar tersebut sambil membacakan surah-surah lazim,pelajar itu meronta-ronta sambil menjerit dengan lebih nyaring,suara jeritan itu mendapat sahutan dari bahagian depan dewan dan suara itu datang dari seorang pelajar lelaki,keadaan menjadi semakin kacau apabila penari yang berada diatas pentas itu mulai ketawa mengilai sambil menari dengan begitu lembut. Suara jeritan semakin banyak kedengaran guru-guru cuba untuk membawa keluar pelajar lain yang belum kerasukan keluar dari dewan itu. Beberapa orang ustaz mula melaungkan azan disetiap penjuru dewan dan memulai bacaan- bacaan suci al-quran. Keadaan kembali tenang selepas lima jam bertungkus lumus membantu semua pelajar yang kerasukan.
Keesokkanya mereka mendakwa terlihat seorang perempuan yang sangat cantik menari diatas pentas sambil tersenyum semakin lama wajah itu mulai bertukar menjadi buruk dan terlihat menyeringai kearah mereka " Apabila mendengar Shu bercerita, Ain mula membantah “ haa mengarut la semua ni, semua ni kepercayaan tahyul je, budak - budak senior tu saja nak takutkan kita.”
“ Wei betul lah, apa yang Shu cakap tu…aku pun pernah gak dengar kisah ni dulu. Ramai yang kata kisah ni betul - betul wujud.”kata kawannya yang lain.
“ Ikut korang lah nak kata apapun aku tak percayalah dengan semua ni" kata Ain sambil berlalu pergi memandangkan waktu rehat sudah bermula. Kawan - kawanya hanya mampu terdiam dan memandang Ain yang berlalu pergi.
Dalam perjalanan ke kantin,Ain berjalan melewati bilik kebudayaan.. Ain terlihat satu kelibat hitam didalam bilik tersebut."Bende apa tu." Ain berjalan mendekati bilik itu dan mengintip melalui tingkap untuk melihat apakah itu. Ain terpaku sebaik sahaja melihat kelibat itu. Wajah Ain mula menjadi pucat dan Ain menjerit sekuat-kuatnya.
YOU ARE READING
MENCINTAIMU DALAM DIAM
Short StoryKisah ini menceritakan seorang lelaki yang bernama Ikram yang menaruh perasaan kepada seorang perempuan yang bernama Ain sejak dari zaman sekolah.Namun mereka terpisah selama setahun dan bertemu kembali di Universiti.Mampukah Ikram meluahkan isi hat...