Kelopak mata dibuka perlahan apabila telinganya menangkap bunyi yang terhasil daripada telefon pintarnya. Tangan dipanjangkan ke arah meja kecil itu lalu diambil telefon tersebut.
Ibu jarinya diluncurkan pada permukaan kaca itu lalu terhentilah bunyi yang telah mengganggu tidurnya tadi. Kelopak matanya ditenyeh beberapa kali lalu anak matanya dialih kearah skrin yang cerah itu.
5:34 pagi.
Masa yang bagus untuk membuat persiapan bagi menunaikans solat fardhu subuh. Dia menggeliat seketika, meregangkan otot sendinya.
Klik!
Cahaya mula menerangi segenap ruang kamar itu. Tuala yang disangkut pada ampaian kecil itu diambil. Kakinya menapak ke arah pintu tandas.
Pancuran air dibuka lalu dia membersihkan tubuhnya. Dingin terasa. Usai itu, langkah kaki diajukan ke arah wardrobe biliknya lalu sepasang baju diambil.
Solat fardhu subuh ditunaikan.
Salam kedua diberikan lantas tangannya diangkat separa dada.
"Ya Allah ya tuhanku. Engkau ampunilah dosa-dosaku. Engkau berkatilah hidupku Ya Allah. Jauhilah aku dari manusia yang mahu mengambil kesempatan ke atas diriku Ya Allah. Ya Allah kau jagakan hati Maira Hadhiya buatku ya Allah. Sesungguhnya aku amat mencintainya. Lembutkanlah hatinya buatku ya Allah ya rabbal alamin."
Tangan diraupkan kewajahnya sekilas. Matanya kian memberat, tetapi ibunya sering berpesan. Tidak elok tidur selepas subuh. Sejadah dilipat lalu diletakkan pada tempatnya semula.
Telefon yang terletak disebelah lampu tidurnya diambil. Butang dibahagian tepi itu ditekan lalu dengan sekelip mata skrin yang tadinya malap mula menyala.
"Kalau aku keluar jogging pun okay ni. Lagipun harini hari sabtu. Tak ada benda nak buat sangat pun."
-----------------------------------------------------------
Tok tok tok!
"Angah! Dah bangun belum?" Laung Madhani Haider disebalik dedaun pintu itu.
"Dah!" Sahut Maira Hadhiya lalu pintu biliknya dikuak luas.
"Wah wah! Siap bertudung bagai. Nak pergi mana awal-awal pagi ni?" Tanya Madhani Haider kehairanan.
"Aku nak pergi jogging. Nak ikut?" Tanya Maira Hadhiya walaupun dia sudah tahu akan jawapannya.
Jari Madhani Haider diangkat lalu mengetuk dagunya perlahan. Matanya pula dikatup seakan-akan sedang memikirkan perihal negara. Dahinya turut berkerut.
"Hmm.. tak nak ikutlah. Aku ada banyak kerjalah harini." Jawab Madhani Haider ringkas.
"Cehh kau. Kalau dah malas tu, cakap je lah. Tak payah bagi alasan bagai. Ada banyak kerja lah sangat. Harini Sabtu kan?" Perli Maira Hadhiya sambil kakinya dihayun menuruni satu per satu anak tangga.
Madhani Haider tersengih sendiri. Tahu tahu je dia ni.
"Okay lah Along. Angah pergi dulu." Ujar Maira Hadhiya lantas satu botol air sejuk diambil dari dalam peti ais.
"Take care, drive safe. Kalau ada apa-apa, call Along terus."
Maira Hadhiya sekadar mengangguk lalu menyalam tangan abangnya.
-----------------------------------------------------------
Kereta Honda Civic milik Maira Hadhiya dipandu meninggalkan perkarangan banglo itu. Smart watch ditangannya dilihat sekilas.
6:53 a.m
"Awal lagi ni. Baik aku pergi sarapan dulu." Gumam Maira Hadhiya.
Brek kereta ditekan sebaik sahaja lampu isyarat bertukar merah. Punat radio ditekan.
YOU ARE READING
Sayangku Gadis Brutal
RomanceCinta yang dulunya dikhianati telah mengubah pendirian seorang MAIRA HADHIYA. Beku, dingin dan bengis. Tiada secalit senyuman pun pada wajah cantik itu. Kehadiran seorang jejaka itu telah menyesakkan lagi kepalanya. Ciri-ciri dan perwatakan gadis it...