Bab 1

10.6K 1.3K 182
                                    

Sebulan sebelumnya...

RAMBUT yang ditocang satu itu diperkemaskan. Dengan larian setempat, Afifa meregangkan otot tangan dan kakinya. Hari ini hari Sabtu, hari biasa dia berjogging. Dan... hari Abang Zek berlatih di stadium! Arghhh!

Matanya asyik memandang jam. 5 minit lagi lagi sebelum bas tiba di perkarangan rumahnya. Inilah kelebihan menjadi atlet universiti. Semua atlet disediakan rumah berdekatan tempat latihan dan dekat dengan stesyen bas. Tak perlu nak berjalan jauh.

Pintu biliknya dibuka dari luar. Terpacul wajah Ozlam, teman rumahnya yang berasal dari Turki. Apabila melihat Afifa yang siap berbeg galas kecil, Ozlam menahan badan di jenang pintu. Sudah dapat diteka ke mana tujuan Afifa.

“Nak berjogging di Melwood lagi?” tanyanya dengan kening terangkat.

Afifa yang masih tak berhenti melompat kecil itu hanya tersenyum ceria. Bahu diangkat sedikit. Alah, macam tak kenal Afifa. Mestilah nak pergi ke tempat suaminya berada. Tempat isteri kan di sisi suami.

Eh, bukan suami lah, bakal suami. Pipa tersasul tadi.

Ozlam buat muka tak percaya. Dia meluru masuk ke dalam bilik seraya menjatuhkan punggung ke birai katil bujang Afifa. “Pipa, sudah sebulan tahu kau pergi berjogging di situ? Pernah ke kau terserempak dengan Abang Zek kau tu?”

Afifa menahan geli hati. Kelakar bila Ozlam menyebut 'Abang Zek'. Slang Turkinya tak hilang sehingga menyebabkan Abang Zek menjadi ‘Abanj Zik’.

“Ozlam... Sebulan tu baru empat kali saya ke sana. Empat kali tu kebarangkalian yang sangat rendah. Jadi saya kena berusaha demi Abang Zek!”

Ozlam menepuk dahi melihat Afifa yang begitu bersemangat. Matanya bersinar-sinar setiap kali bercakap tentang bintang bola sepak itu. “Entah-entah, Abang Zek ada tempat latihan sendiri. Dia kan terkenal dan kaya. Mesti dia dapat tempat latihan yang lagi canggih.”

Afifa menggeleng kecil sambil mendecit. “Ozlam...” Dia menghentikan pergerakannya. “Sepertinya kamu meragui kebolehan seorang Afifa.”

Telefon ditarik dari pemegang telefon yang melilit lengannya. Laman Instagram dibuka dan dia hadapkan ke depan wajah Ozlam. Gambar Isaac Louis, pemain bola sepak Liverpool yang terkenal memenuhi skrin.

“Tengok location dia, Mel. Wood. Tarikh, Sabtu lepas. Jadi dia ada di sana. Cuma belum rezeki saya jumpa dia hari tu. Awak doalah hari ini saya jumpa dia tau!” beritahu Afifa dengan teruja. Jangan main-main. Semua yang berkaitan Isaac, semua dia tahu. Kalau tak, masakan dia sengaja memilih universiti yang dekat dengan tempat latihan Isaac. Puas ibu bapanya memujuk dia ke universiti tempatan sahaja memandangkan dia anak bongsu. Tapi hey... result straight A's Afifa semata-mata nak mohon universiti di Liverpool ni saja tahu?

Jenuh dia buat tinjauan universiti apa yang boleh mendekatkan dia dengan Isaac. Untung, universiti ini terkenal dengan pasukan bola tampar dan bola sepaknya. Jadinya peluang untuk bertemu Abang Zek semakin cerah! Yes!

Oh Abang Zek, alangkah bagusnya kalau abang tahu pengorbanan Pipa.

“Afifa, bas dah sampai!” Jeritan dari bawah membuatkan Afifa terus terloncat bangun dari birai katil.

“Yeay!” Terus telefon dimasukkan kembali ke tempat tadi. Pipi Ozlam dicium cepat sebelum dia berdesup lari ke bawah. “Saya pergi dulu Ozlam, hoşçakal (selamat tinggal)”. Sempat dia berbahasa Turki dengan sahabatnya itu.

“Oh, Afifa, oh!” Bibirnya mengomel kecil dalam bahasa Turki. Ozlam menggeleng kepala perlahan. Sebelum keluar, dia mengerling ke arah poster-poster pemain bola yang tertampal penuh di dinding bilik. Poster kecil tak apa, poster sebesar orang pun ada. Itu tak termasuk board real size Isaac yang berdiri tegak di penjuru bilik.

Mrs. Isaac: Cinta Yang Tak BiasaWhere stories live. Discover now