Chapter 5:Reality Bites Me;Part 2☠️

22 2 0
                                    

Habis sahaja kelas,mereka semua terus membuat spekulasi sesama sendiri sambil menuruni tangga.

"Tak logiklah orang buta yang masuk rumah aku?",ucap Sabrina yakin.

"Maybe Jihan tak buat semua nie sorang-sorang tak?",ucap Hanna.

"Ikut koranglah nak cakap apa tapi jangan libatkan Tony eh",ucap Emma mempertahankan Tony.

"Eh,asal pulak.Maybe dia.Yelah kan,diakan bekas banduan.Kau tak rasakah dia yang buat semua nie.",ucap Aria.

"Haah,cuba kau tanya kawan-kawan kau dalam kelas statistik Tony kat mana semalam?",sampuk Sabrina.

"Asal aku pulak kena tanya?",tanya Emma pelik.

Tiba-tiba seseorang memanggil Sabrina.

"Sabrina!",ucap seseorang itu.

"Eh,Cikgu.Kenapa nie panggil saya?",ucap Sabrina ramah.

"Nie dari Cikgu yang ajar awak Bio-Chemical bagi.Dia kata dia sangat bangga dengan awak,Sabrina.",ucap Cikgu tersebut sambil memberi sesuatu.

"Oouh thanks cikgu",ucap Sabrina lalu cikgu itu berlalu pergi.

"Wah,gempak lah kau Sabrina.Dapat Anugerah Tema Penulisan Terbaik.Fuhhh kawan aku nie",ucap Hanna bangga.

Mereka yang lain hanya tersenyum.Sabrina hanya tersenyum tetapi dihatinya resah.Tak sangka hasil pencapaiannya datang dari hasil orang lain!Dia langsung tidak sangka semua akan jadi begini.



Di kelas statistik,Emma dan Tony duduk bersebelahan.Mereka satu kumpulan.Emma terasa kekok berada disebelah Tony.

"You berjaga ke semalam?Nampak macam ngantuk jer",ucap Tony memulakan bicara.

"Lebih kurang macam tuulah.I keluar dengan kawan semalam.Sampai rumah jer dah lewat malam",ucap Emma.

Emma menatap wajah.Tony yang sedang gigih membuat kerja khususnya.Terus dia teringat soalan Sabrina ditangga tadi.Terus dia menyoal Tony.

"Ermmmm.Tony,I nak tanya.......you.......kat mana semalam eh?",tanya Emma ragu-ragu.

"I just belajar kat cafe jer",ucap Tony sambil matanya masih memandang buku.

"Bukan belajar kat luar lagi bising ke?",tanya Emma pelik.

"Kat rumah lagi bising kalau awak nak tahu.Jihan kalau belajar,dia pakai video tapi dia tak pakai headphone",jawab Tony.

"Oouh",balas Emma lalu sambung menulis.

"Ermmm,you keluar dengan.....Sape eh?Sapa nama dia?Yang duduk sebelah rumah awak tuu..",tanya Tony sambil mengerutkan dahi.

"Oouh,Martin ke?Taklah.Mak bapak I akan bunuh I kalau diorang tahu yang I keluar dengan dia tengah malam.",ucap Emma.

"Why?",tanya Tony.

"Because.....we're both different",ucap Emma gelisah dan sedih.

"Aik.Bukankah different tuh best?Kalau semua sama,bosanlah hidup nie kan?",ucap Tony memberi pendapat.

Emma hanya diam membisu.Dia tidak tahu nak berkata.Takdir dia.Dia sudah anggap dia dan Martin tiada jodoh.




Aria dan Eric berbual di kelas.Disitu saja mereka dapat berjumpa.

"Keadaan dah makin buruk you tahu tak?Boleh tak bagi satu alasan supaya I boleh balik awal?Macam kelas tambahan ke?",tanya Aria kepada Eric.

Sejak kebelakangan nie dia sudah tidak mahu balik kerumah kerana masalah ibu dan ayahnya.Dia lagi rela tidak pulang dari duduk di rumah itu.

"I tak boleh tunggu sini lama-lama.I ada acara nak kena hadiri",ucap Eric.

Aria hanya mengeluh.

"Acara apa?",tanyanya lagi.

"Acara baca poem.",ucap Eric sambil tersenyum.

"Baca puisi?You nak baca puisi depan orang?",ucap Aria teruja.

"Yelah".

"I boleh datang tak?",ucap Aria teruja.

"Boleh lah.Semua orang boleh datang",terang Eric.

"Kat mana?",tanya Aria.

"Betul ke you nak pergi?",tanya Eric.

Aria hanya mengangguk laju.

"Boleh tapi dengan satu syarat",ucap Eric sambil membuat jari satu.

"Apa dia?".

"You kena jujur kalau poem I teruk.Sebab nanti I boleh terus terjun ke laut",ucap Eric selamba.

Aria hanya ketawa.Pandai Eric membuat lawak.Mereka hanya ketawa di dalam kelas itu.



Hanna memasuki lif.Lif itu terus tertutup setelah Hanna menekan butang "tutup".Didalam lif,dia hanya sibuk membelek baju pekerja klinik gigi ibunya Sean.Bajunya berwarna kelabu dan mempunyai simbol gigi di bahagian kanan payudara.

Sedang dia membelek,lif terbuka lalu terpampanglah Jihan yang sedang menunggu diluar lif.Terkejut dia.Jihan pun memasuki lif tersebut dan lif tertutup.

Jihan mengeluarkan gincu di begnya lalu dipakainya dibibir.Hanna hanya melihat perlakuan Jihan.Hanna menjenguk sedikit kedepan memandangkan dia kebelakang sedikit,dia melihat Jihan memakai gincu.

"Aku suka lipstick nie.Warna dia cantik",ucap Jihan selamba.

Hanna yang sedang menjenguk kehadapan terkejut seketika lalu pergi keposisinya semula seperti tiada apa yang berlaku.Dia pun membalas kepada Jihan.

"Yeah,nice",ucap Hanna sambil ketawa palsu.

"Thanks.Lipstick nie code dia The
Jungle Red",ucap Jihan sepatah.

Hanna sudah mula curiga.Dia pelik kenapa Jihan memakai gincu yang sama seperti Alissa pakai.

Lif pun terbuka.Jihan memegang tongkatnya untuk dilibaskan dilantai seperti orang buta selalu buat.Lalu dia keluar dari lif meninggalkan Hanna seorang diri lalu lif pun tertutup meninggalkan Hanna pelbagai persoalan.




Peter duduk di sofa sambil membaca akhbar menunggu puterinya pulang.Sabrina balik kerumah dalam keadaan berpeluh kerana baru habis main tennis.Peter yang terlihat kelibat anaknya terus berjalan menuju kearah anaknya.

"Hah.Dah balik pun anak perempuan ayah yang cantik nie.Baru balik jogging?",ucap peter sambil memeluk Sabrina.

"Dad,I'm sweating.Baru balik nie",ucap Sabrina sambil menolak lembut ayahnya.

"Sabrina,ayah bangga sangat dengan kamu tau tak.Ayah dapat E-mel dari cikgu Bio-Chemical kamu.Kata dia kamu menang pertandingan esei kebangsaan.Ayah kena bagitau kawan ayah besok.Esok kamu free tak?",ucap Peter panjang lebar.

"Ayah nak bawak Sab pergi mana?",tanya Sabrina.

"Ayah nak bawa kamu pergi jumpa klien kat kelab Tennis esok.Dia ajak anak perempuan dia jugak.Kita main beregu.",ucap Peter.

"Oouh,boleh jer.Kalau macam tuu,Sabrina pergi kelab Tennis lah petang nie.Nak practice.Ayah nak ikut?",tanya Sabrina.

"Ermmm.Takpelah.Ayah ada banyak kerja nak buat.Ayah nak kena baca esei kamu.Jangan lupa,hantar ke E-mel ayah.",ucap Peter teruja.

"Takyah lah baca.Bukannya bagus sangat pun.",ucap Sabrina merendah diri walaupun bukan dia yang buat esei tuu.

"Tak mungkin esei kamu tak bagus kalau kamu menang pertandingan esei kebangsaan.Tak semua orang boleh menang pertandingan tuu",ucap Peter bangga.

Sabrina hanya tersenyum.Dia tidak sampai hati nak memberitahu perkara sebenar tentang esei itu.Dia tak mahu ayah membencinya.Biarlah dia rahsiakan atau meberitahunya pada masa yang sesuai.

To Be Continued.........

Next on pretty little liars...

Sabrina,sabrina.Stop lying to yourself.Or someone will make you pay.....💋







Pretty Little Liars (Malaysia Version) SEASON 1Where stories live. Discover now